Artikel Terkini

35% kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Bukan untuk tingkat peluang menang ‘puak tertentu’

35% kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Bukan untuk tingkat peluang menang ‘puak tertentu’
35% kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Bukan untuk tingkat peluang menang ‘puak tertentu’ 1

35% kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Bukan untuk tingkat peluang menang ‘puak tertentu’
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, berkata kerusi baharu dibentuk memerlukan pertimbangan menyelesaikan perbezaan besar dalam nisbah pengundi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebarang langkah menambah bilangan kerusi Parlimen di bawah cadangan pengembalian 35% kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak bukan dibuat untuk meningkatkan peluang “puak tertentu” memenangi pilihan raya sahaja.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, sebaliknya berkata ia mesti dilakukan mengambil kira perbezaan jumlah pengundi dan struktur kaum di kawasan masing-masing.

Katanya, di bawah struktur semasa jumlah pengundi berbeza empat hingga lima kali ganda di beberapa kawasan di Sarawak.

“Ini adalah sangat tidak adil dan sekiranya kerusi baharu dibentuk, pertimbangan mesti diambil untuk menyelesaikan perbezaan besar dalam nisbah pengundi.”

Ling berkata, adalah baik mempunyai lebih banyak kerusi tetapi jika penambahan kawasan hanya meningkatkan peluang puak tertentu memenangi pilihan raya, maka ia tidak memenuhi jangkaan rakyat.

“Pertambahan bilangan kawasan Parlimen mesti disertakan dengan reformasi pilihan raya demokrasi mantap memastikan melindungi hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak dan bukan hanya menyatukan rejim kerajaan pada masa itu,” lapor Utusan Borneo.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili, Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) kelima mengendors langkah mendapatkan semula 35% daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Sarawak kini mempunyai 31 kerusi Parlimen dan antaranya, kata Ling kawasan terbesar mempunyai 142,503 pengundi, manakala kawasan terkecil iaitu Igan hanya mempunyai 28,228 pengundi.

“Perbezaan besar dalam nisbah pengundi adalah tidak adil kepada Ahli Parlimen dan ini adalah sesuatu yang perlu diselaraskan dan diselesaikan,” katanya.

Daripada 31 kerusi Parlimen, Ling berkata, hanya lima kawasan sahaja mempunyai lebih 50% pengundi Cina.

Kawasan terbesar ialah Miri dengan 142,503 pengundi diikuti Stampin (120,334), Bintulu (112,865), Bandar Kuching (109,789), Petra Jaya (109,178) dan Sibu (105,470).


35% kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Bukan untuk tingkat peluang menang ‘puak tertentu’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list