Berita

38 kertas siasatan kes dadah dibuka

38 kertas siasatan kes dadah dibuka 2

Shah Alam: Sebanyak 38 kertas siasatan membabitkan 44 individu bersabit pelbagai kesalahan dadah dibuka sepanjang tempoh 1 Januari lalu sehingga semalam oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, 44 individu terbabit adalah lelaki berumur antara 20-an dan 50-an, membabitkan 43 warga tempatan serta seorang warga Bangladesh.

“Jenis dadah dirampas dalam tempoh terbabit adalah 437.36 gram (g) dadah syabu, 22.40g heroin, 4.71g ganja dan air ketum sebanyak 1500 mililiter.

“Nilai keseluruhan dadah terbabit adalah RM 44,770.50 dan polis sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang awam dalam membekalkan maklumat dadah serta jenayah di daerah Klang Utara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas mengenai tangkapan terkini, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Klang Utara memberkas seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun di kawasan Klang Utama, kelmarin.

“Suspek ditangkap di tepi jalan itu pada 11.30 malam dan polis merampas 20 peket plastik berisi syabu dengan anggaran berat 409g dari dalam kenderaan dinaiki suspek serta menyita wang tunai RM500 dipercayai hasil jualan dadah.

“Nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM12,500 dan siasatan mendapati bekalan dadah terbabit untuk diedarkan di sekitar daerah Klang dan Shah Alam,” katanya.

38 kertas siasatan kes dadah dibuka 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo