Infotainment

4 Barangan Di Rumah Yang Berisiko Meragut Nyawa Anak Anda

4 Barangan Di Rumah Yang Berisiko Meragut Nyawa Anak Anda 2

Tugas menjadi ibu bapa kepada anak-anak sememangnya memenatkan disebabkan pelbagai faktor. Oleh itu, pengawasan 24 jam ke atas tingkah laku anak semestinya dititikberatkan ibu bapa supaya tidak berlakunya kejadian yang tidak dingini.

Apatah lagi risiko dan bahaya kini sering terdedah kepada anak kecil yang suka bermain dengan barangan yang tidak sepatutnya ada di rumah. Hal sedemikian pastinya menjadi igauan ngeri ibu bapa maklumlah ‘malang tidak berbau’. Berikut adalah lima contoh barangan harian di rumah yang boleh meragut nyawa anak kecil anda.

1.Gam gajah

Gam gajah atau rakyat Malaysia memanggilnya gam tiga second, gam UHU dan super glue sememangnya membahayakan nyawa anak kecil anda. Bagi anak kecil, mereka beranggapan botol gam gajah ini kelihatan seakan-akan botol makanan yang sememangnya mengundang bahaya kepada anak kecil anda jika termakan.

Satu kes telah berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang bayi berusia 19 bulan mengalami masalah pernafasan selepas termakan gam gajah milik ayahnya.

Bayi berkenaan dianggarkan termakan cecair gam gajah sebanyak 7ml sehingga mengakibatkan kesan batuk yang teruk, kadar degupan jantung tinggi serta tekanan darah yang tidak stabil.

Bayi malang tersebut terpaksa ditempatkan di hospital selama 10 hari dan proses pengeluaran cecair gam gajah yang mengeras berjaya dikeluarkan. Apa yang jelas, bayi berkenaan amat bernasib baik kerana selamat.

2. Bateri butang

bateri-butang-tertelan

SUMBER: ILUMINASI

Bateri butang sememangnya sangat berisiko buat anak kecil anda. Kebanyakan permainan elektronik kanak-kanak masa kini cenderung untuk memilih bateri butang sebagai punca kuasa ianya berfungsi.

Pelbagai risiko akan dihadapi sekiranya anak anda tertelan bateri butang yang bersaiz tidak melebihi duit syiling 10 sen ini. Dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan kekal pada organ dalaman, lecur dalaman, pendarahan dan kematian kepada anak anda.

Tindak balas bateri akan membakar bahagian esofagus kanak-kanak dalam masa 2 jam selepas ditelan. Jaga keselamatan anak anda supaya mereka tidak tertelan bateri butang yang berisiko untuk penyebab kematian.

3. Magnet

Permainan magnet sememangnya menyeronokkan. Namun, magnet sememangnya membahayakan nyawa anak anda sekiranya mereka tertelan dua magnet atau lebih.

Lebih-lebih membimbangkan lagi sekiranya magnet-magnet tersebut bercantum dalam badan mangsa, tisu-tisu terutama pada bahagian organ usus akan tersumbat antara celahan dua magnet berkenaan.

Tisu-tisu yang terganggu akan menyebabkan kegagalan kelancaran saluran darah yang menyebabkan simptom perforasi berlaku pada dinding usus. Lebih merisaukan apabila berlakunya jangkitan kuman dan keracunan darah disebabkan tertelan magnet.

4. Bidai Tingkap

bidai-tingkap-boleh-sebabkan-kematian-anak-kecil-budak

SUMBER: ILUMINASI

Sekiranya anda mempunyai perhiasan bidai tingkap di rumah, objek tersebut juga mengancam keselamatan anak anda.

Wujud bermacam kes kecederaan dan kematian kanak-kanak disebabkan terjerut tali  kawalan untuk membuka bidai. Statistik menunjukkan kes kematian mengejut 2 per 3 peratus daripada kes kanak-kanak terjerut tali bidai tingkap berlaku.

Pada 2017, seorang bayi berusia 3 tahun maut terjerut tali bidai ketika memanjat bidai tingkap di rumahnya. Ibu mangsa pada ketika itu mempercayai bahawa anaknya sedang lena setelah selesai ditidurkan. Malangnya, bayi malang tersebut bangkit dengan sendiri lalu memanjat tingkap untuk melihat keadaan di luar rumahnya.

Menyedihkan apabila secara tidak sengaja bayi berkenaan maut akibat terjerut tali bidai yang tergantung sekaligus mangsa mengalami kegagalan pada saluran pernafasan.

Dinasihatkan ibu bapa masa kini perlu peka dan memberikan pengawasan yang rapi kepada anak-anak supaya kejadian yang tidak dingini seperti kecacatan dan kematian tidak akan berlaku.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan, adalah dinasihatkan menyimpan barang yang tidak sepatutnya mereka main dan kawal setiap pergerakan mereka memandangkan mereka kerap berada di rumah sepanjang tempoh PKPB berlangsung.

Lagi perkongsian artikel mengenai keselamatan kanak-kanak. Klik pautan artikel untuk bacaan lanjut.

Dakwa Guna Buruh Kanak-Kanak, Amerika Syarikat Sedia Haramkan Import Produk Sawit FGV

#CancelNetflix Trending Di Twitter, Cubaan Netflix ‘Promote’ Seksualiti Kanak-Kanak Buat Netizen Geram

 



4 Barangan Di Rumah Yang Berisiko Meragut Nyawa Anak Anda 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo