Infotainment

5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah ‘Berusia’

5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 2

Filem Antarabangsa

Filem baru Bollywood, Radhe: Your Most Wanted Bhai lakonan Salman Khan dan Disha Patani telah memperolehi kutipan memberangsangkan sejak hari pertama ditayangkan di India dan seluruh dunia pada 13 Mei 2021 lalu. Filem yang mengisahkan mengenai seorang pegawai polis menangani sindiket dadah yang berlaku dalam kalangan remaja ini telah pun memasuki pasaran Malaysia dan boleh ditonton menerusi tonton CINEMA

Penampilan pelakon popular, Salman Khan dalam filem Radhe: Your Most Wanted Bhai dipuji ramai kerana masih lagi bertenaga walaupun usia sudah cecah 55 tahun! Di sini, kami kongsikan 5 sebab kenapa Salman Khan masih lagi ‘laris’ dan diminati ramai…

5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 5

Bagi apa saja watak, pasti berjaya dibawa oleh Salman Khan dalam lakonannya. Salman Khan mula bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak 1988 lagi menerusi filem Biwi Ho To Aisi sebagai pelakon pembantu sahaja. Nama dan bakat Salman Khan mula dihidu peminat dan penerbit-penerbit industri menerusi beberapa lakonannya termasuk drama Maine Pyar Kiya (1989), Hello Brother (1999), dan Sultan (2016).

Lebih menarik perhatian apabila Salman Khan masih mempamerkan aksi mantap, penuh lincah menerusi filem terbaru. Senang cerita, bagi apa sahaja watak, pasti akan dilakonkan dengan dengan baik oleh Salman Khan. Itu belum cerita pasal badan dia yang ‘sado’ itu.

5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 7

Bukan sahaja boleh berlakon, Salman Khan juga telah membuktikan dirinya sebagai penghibur dengan bakat nyanyian dan tarian yang dipamerkan dalam setiap filem termasuk Radhe: Your Most Wanted Bhai. Malah, usah dipertikaikan lagi kelincahan tarian Salman Kham dan Disha Patani dalam babak menari sambil menyanyi yang sudah menjadi simbolik kepada pembikinan filem Bollywood.

Salman tampil bertenaga menerusi lagu OST filem ini iaitu Seeti Maar. Boleh tonton disini:

5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 9

Jika anda peminat filem Bollywood, pasti anda menyukai babak menari dan menyanyi dari pelakon kegemaran. Begitulah dengan filem Radhe ini yang masih memaparkan ‘look’ yang segar dalam babak itu.

Babak tarian dan nyanyian sedemikian menyaksikan ramai penari dan pelakon tambahan menyerikan lagi filem ini, selain, ‘energy’ lakonan yang disampaikan oleh Salman Khan dan Disha Patani sekali gus ‘menghidupkan’ filem ini.

Mengapa kami mengatakan Salman Khan masih ‘berbisa’? Ini adalah kerana pelakon berusia 55 tahun itu masih diterima ramai peminat di India dan nama Salman Khan masih relevan dalam industri perfileman negara itu. Salman Khan kurang mempamerkan masalah disiplin ketika bekerja mahupun masalah sosial.

Malah, dia sangat dikenali dengan sifat pemurah dan peramah apabila bertemu dengan peminat. Mungkin kerana itu nama Salman Khan masih boleh diterima baik oleh peminat dan mahu menyaksikan aksinya di layar perak. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta!

5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 11

Selain itu, penampilan Salman Khan harus diberi pujian dalam setiap watak yang dibawanya. Untuk pengetahuan anda, Salman Khan telah menjalani latihan sukan dan fitness untuk tranformasi fizikalnya demi watak Radhe. Salman Khan mengambil peluang untuk melakukan senaman fizikal secara sihat semasa negara India menjalani perintah ‘lockdown’ sebelum dia masuk ke set penggambaran bagi filem Radhe: Your Most Wanted Bhai. 

Memang tidak percaya, untuk seseorang yang sudah berusia cecah 55 tahun, dia mampu memberikan komitmen yang sepenuhnya membuat tranformasi fizikal menjadi lebih ‘sado’ dan kelihatan ‘fit’!

Untuk anda yang ingin menonton filem Badhe: Your Most Wanter Bhai, boleh saksikan di tonton CINEMA bersama-sama dengan keluarga di rumah.  Sambil mengunyah popcorn, anda boleh saksikan kehebatan lakonan yang masih berbisa dari Salman Khan. Memang tak senang duduk!

Saksikan trailer di sini:


5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 13

The following two tabs change content below.



5 Sebab Kenapa Salman Khan Masih Laris & Diminati Ramai Walaupun Dah 'Berusia' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo