Berita

50 petugas kesihatan HTAR dijangkiti Covid-19

50 petugas kesihatan HTAR dijangkiti Covid-19 1

50 petugas kesihatan HTAR dijangkiti Covid-19 2

Shah Alam: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pada masa ini, seramai 50 petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari, namun keadaan terkawal.

“Kesemua kontak diambil ujian calitan dan diletakkan di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) malah semua pesakit kepada kes juga menjalani ujian.

“Pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes Covid-19,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting.

“Orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Pihak JKNS akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 50 petugas kesihatan HTAR dijangkiti Covid-19 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo