Infotainment

6 Bulan Tiada Pendapatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Van Sekolah

6 Bulan Tiada Pendapatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Van Sekolah 2

Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook Ustaz Ebit telah memberikan bantuan kepada pengusaha van sekolah yang terjejas pendapatan susulan penutupan sekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

BACA: Risau Keadaan Frontliners, Ustaz Ebit Lew Terbangkan Bantuan Medikal Ke Sabah

Ustaz Ebit berkata dia tidak dapat menahan sebak apabila ada pemandu van sekolah yang meminta bantuan daripadanya yang sudah sudah enam bulan tiada pendapatan.

6 Bulan Tiada Pendapatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Van Sekolah 3

Ujarnya, ramai pemandu van sekolah terpaksa melakukan kerja-kerja lain dengan menjadi penghantar makanan dan berniaga makanan secara kecil-kecilan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kata Ustaz Ebit lagi, tanpa pemandu van sekolah pasti susah ibu ayah di luar sana untuk uruskan anak-anak ke sekolah lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerja. Difahamkan, Ustaz Ebit menghulurkan sumbangan barangan dapur serta sedikit duit belanja buat 250 orang pemandu van yang terjejas.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan usahanya itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung pemandu van sekolah yang terlibat.



6 Bulan Tiada Pendapatan, Ustaz Ebit Lew Bantu Pemandu Van Sekolah 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo