Artikel Terkini

6 kesan renovation rumah haram yang anda patut tahu

6 kesan renovation rumah haram yang anda patut tahu
6 kesan renovation rumah haram yang anda patut tahu 1

Dah berjaya beli rumah dan nak buat renovation? Tunggu dulu!

Sebelum nak buat renovation, ada banyak perkara yang anda kena tahu. Ada peraturan yang anda kena ambil kira. Kalau tak buat proper submission dan apply permit renovation, boleh mendatangkan masalah tau.

Ha anda nak tahu apa kesan renovation secara haram? Apa yang akan terjadi kalau anda dah buat renovation tapi tak dapat kelulusan?

Kali ni Tok nak kongsikan artikel daripada Tuan Ar.Ahmadkhairul Sabirin ni. Jemput hadamkan sampai habis.

Bila kita buat renovation tak ikut undang-undang, confirm lah akan ada kesan dia. Macam sekarang lah, tak boleh makan durian ramai-ramai pasal PKP, eh dia nak juga berpesta. Kan dah kena kompaun.

Sama lah dengan renovation rumah, ada peraturan dan kita kena ikut. Saya memang banyak kali dah dengar tuan rumah kata tak nak buat proper submission dan apply permit reno dari majlis pasal mahal dan lambat. Lagi la bila kontraktor dah cucuk tuan rumah dari bayar duit submit ke majlis, baik tambah pool sebiji. Terus on tak fikir dah submission. Tapi sanggup ke hadap kesan renovation haram di masa depan?

Kesan #1 : Rumah susah nak jual atau tak ada nilai

Bila buat renovation tanpa pelan lulus, bila nak jual akan jadi rumit. Apasal floor plan dekat agreement lain tapi dekat site lain? Rupanya pelan paling baru ni tak ada kelulusan PBT. Bank nak value benda illegal macam mana? Tak boleh la.

So bank akan value bahagian yang ada kelulusan saja. Yang bahagian tak dapat kelulusan dah habis ratus ribu tu satu pun tak akan menambah value jual rumah tersebut. Sedih tak?

Duit habis, value rumah tak naik. Such a bad move and definitely bad investment.

Kesan #2 : Kompaun oleh PBT

Setakat saya tahu, ada majlis dah tulis siap-siap kompaun 10-20 kali ganda fee permohonan ke PBT. Ah bayar je la. Sure? Ingat fee mohon 10 20 ringgit ka? Tak bang. Dia kira ikut area berapa banyak yang di tambah. Ada jadual kiraan. Kalau tambah besar makan ribu juga lah.

Tapi bila dah bayar denda setel ke tak? Tak juga, kena submit la properly selepas itu haha. So kena bayar 2 benda, kompaun dan fee arkitek. Kalau awal-awal tu submit properly ke PBT setel dah. Tak gitu?

Kesan #3 : Roboh?

Boleh ke? Boleh saja. Ingat tak dulu ada kes abang ni viral cakap PBT tak buat kerja, kejap lagi satu PBT tu round kawasan cari struktur haram dan robohkan semua struktur yang tak dapat kelulusan di rumah-rumah. Itu pasal jangan main-main dengan PBT,sekali dia enforce, tak senang tidur kita.

Ada juga kes terpencil PBT fail kan ke mahkamah untuk merobohkan rumah yang dibuat tak ikut pelan lulus. Sampai macam tu sekali.

Kesan #4 : Sita

Dah kenapa aku buat rumah kat tanah aku, aku tak boleh masuk?? ( baca nada Azlee Senario) Ada juga kes rumah disita pasal buat tak ikut kelulusan majlis. Rumah dah buat cantik-cantik, PBT sita. Nak tidur mana? Ha tidur lah kat hotel sebulan dua. Ni semua gara-gara kes buat renovation secara haram.

Kesan #5 : Insurans tak cover

Rasa-rasa ada tak insurance provider nak cover rumah yang dibuat tanpa kelulusan? Sudah pasti kalau terjadi kemalangan, terbakar, runtuh, insurance provider akan datang buat siasatan menyeluruh dan confirm – confirm bila tahu rumah itu dibuat tanpa kelulusan, mereka tak akan cover.

Saya pernah jaga projek under construction dulu terbakar. Peh insurans punya orang investigate tu agak menyeluruh lah juga. Benda pertama dia tanya lulus ke tak projek ni. Tu dulu.

Kesan #6 : Beli rumah renovation tak ada kelulusan, tuan rumah baru kena tanggung!

Ya kalau rumah yang kita beli tu tak ada kelulusan, kalau tiba-tiba PBT datang ambil tindakan, tuan rumah baru kena tanggung. Nampak zalim tapi itulah yang perlu dihadap. Kenapa waktu beli tak check pelan lulus dulu? Kenapa tak check ada approval ke tidak sebelum beli?

Nak tahu lebih lanjut boleh baca pos oleh Ar. Azizul Azwar di sini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita kena faham bila bab tambah struktur, ianya melibatkan hal keselematan penghuni dan orang sekeliling. Kalau lah renovation haram ni dibuat dan tiba-tiba runtuh atau rosak dan mencederakan orang lain, macam mana? Siapa salah? Siap yang kena tanggung dan paling penting sanggup ke nak tanggung?

Itulah kerja arkitek, jurutera dan PBT perlu review setiap kerja renovation untuk memastikan keselamatan dan ikut segala peraturan baru lah diluluskan. Kata kunci dia, untuk pastikan selamat. Buat lah renovation ikut peraturan supaya mudah di kemudian hari. Tidur pun lena.

So apa tunggu lagi, check la rumah ada tak pelan lulus?

6 kesan renovation rumah haram yang anda patut tahu 2
Sumber gambar : Ar.Ahmadkhairul Sabirin (Cantik tak rumah ada line tape kuning?)

Amacam? Belajar sesuatu daripada perkongsian kali ni?

Sebelum seronok nak buat renovation tu, pastikan kita check dulu apa peraturan yang kita kena ikut. Takut nanti dah siap renovation, masalah pula yang datang.

Anda rasa artikel ini bermanfaat? Tolong SHARE supaya lebih ramai tahu tentang ilmu ohsem ni.

6 kesan renovation rumah haram yang anda patut tahu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo