Artikel Terkini

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki
7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 1

Dalam masa tujuh bulan siap dekor satu rumah, renovasi dan hiasan dalaman yang telah dirancang oleh Wan Halimatun Syeimaa Mohamed,37 tahun bekerja sebagai seorang Eksekutif di Prudential sebelum dapat kunci rumah. Sering kali kita mendengar, kalau rajin menghias pasti malas masak.

Tetapi lain pula dengan kisah pemilik rumah ini pada waktu lapang beliau juga mengambil tempahan kek gula hangus. Laris menjual di media sosial @putehgamdum walaupun tidak menang tangan dengan tempahan, kediaman ini tetap bersih dan berseri serta rapi.

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 2 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 4

Melihat rumah yang serba serbi putih ini langsung tidak menyangka akan beliau rajin memasak dan juga memiliki tiga ekor kucing di dalam rumah ini. Bagi Syeimaa, disiplin dalam menjaga ruang dalam kediaman adalah penting. Warna putih memang pilihannya. “Saya memang ada masalah tak boleh duduk diam, saya mesti kemas rumah walaupun rumah dah bersih,” kongsinya sambil ketawa.

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 6 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 8 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 10

Rumah berkonsepkan minimalis dan muji ini menjadi pilihan Syeimaa. Inginkan suasana yang lebih terang agar nampak lebih luas untuk kediaman yang bersaiz 880 kaki persegi ini. Pemilihan kayu oak dalam ruang kediaman ini memberi nikmat yang sempurna untuk beliau. Warna kayu yang lembut ini mampu memberi rasa yang lebih tenang.

Melihat kediaman yang terlalu rapi dalam sentuhan ini, tertanya di mana terletaknya barang-barang seperti kotak, beg dan sebagainya di dalam rumah ini. Penggunaan barang yang minimal dan tempat penstoran yang cukup membuatkan ruang dalam rumah ini tidak bersepah dan berserabut.

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 12 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 14 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 16 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 18 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 20 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 22

Memiliki tiga buah bilik tidur, di mana salah satu bilik ini dijadikan bilik kucing. Ini yang membuatkan siapa pun tidak tahu yang beliau ada memiliki kucing tiga ekor di dalam rumahnnya. Tiada langsung bau kucing di dalam kediaman ini.

Syiemaa juga berkongsi beberapa tip untuk yang baru memiliki rumah. “Pertama mesti tahu apa yang anda inginkan. Buat persiapan sebelum masuk rumah. Pastikan bajet mengikut kemampuan. Jika tidak buat sedikit demi sedikit. Kedua, kalau nak barang murah dan berbaloi kena rajin berjalan dan buat survey banyak tempat, kemudian baru buat keputusan untuk membeli. Katanya, “saya sanggup turun sampai ke Muar untuk dapatkan set perabot yang saya idamkan serta kualiti yang terbaik.

Melihat ruang dapur yang bersaiz kompak yang terbahagi kepada dua ruang dapur iaitu ruang dapur kering dan basah ini memang sempurna. Walaupun kompak tetapi ia selesa dan teratur dari serba serbi perkakas yang ada.

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 24 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 26

Melangkah ke dalam ruang kamar utamanya yang mengenakan dekorasi ringkas ini memang selesa. Tertanya-tanya di mana Syiemaa menyimpan pakaian dan juga beg bagasinya. Tertawa besar apabila, saya seakan pelik mencari di mana tempatnya. “Almari baju saya letakkan di dalam kamar ke dua yang terletak di hadapan bilik saya. ‘Luggage  pulasaya simpan di bawah katil saya. Katil yang saya beli ini mempunyai ruang penyimpanan di bawahnya.” Inilah rahsia rumah saya kemas tanpa barang bersepah.

7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 28 7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 30

Pendek kata, sesiapa memiliki rumah kompak juga boleh menghias dan tidak benar kalau mengenakan warna putih akan membeban kita untuk menjaga ruang dalam rumah, Syiemaa telah membuktikan kediamannya tetap sempurna dan bukan sahaja indah di dalam instagram @atree.littlenest zahirnya memang beliau seorang yang pembersih dan kemas.

Artikel Berikut: Macam Ni Nak Hilangkan Bau Pesing Pada Tilam

Join Geng Borak IMPIANA/ LAMAN dalam channel telegram IMPIANA untuk dapat artikel terkini dan boleh berkongsi tip menarik bersama https://t.me/GENGLAMANIMPIANA

 


7 Bulan Siap Dekor Satu Rumah, Masuk Cuci Kaki 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list