Berita

7 ditahan, pusat panggilan judi ‘online’ diserbu

7 ditahan, pusat panggilan judi 'online' diserbu 1

7 ditahan, pusat panggilan judi 'online' diserbu 2

Johor Bahru: Polis menyerbu pusat panggilan menjalankan aktiviti pertaruhan dan promosi judi dalam talian di sebuah pangsapuri di Senibong, di sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dalam serbuan 2.30 petang itu, tujuh lelaki berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan dipercayai digaji untuk melakukan kegiatan haram itu.

Katanya, polis turut merampas satu kad akses pintu rumah, 15 telefon bimbit, tujuh komputer riba, empat modem wifi, 11 sim kad, dua buku catatan, meja dan tujuh kerusi dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

“Siasatan yang dibuat mendapati aktiviti perjudian atas talian berkenaan beroperasi selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam.

“Kesemua suspek ditawarkan gaji sebanyak RM2,000 sebulan dan dibayar komisen bergantung kepada keuntungan daripada hasil perjudian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Judi Rumah Terbuka 1953.

“Polis mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi terus pada talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323,” katanya.

7 ditahan, pusat panggilan judi 'online' diserbu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo