Infotainment

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 2

Kini Trending

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 3

Sekadar Gambar Hiasan

Gara-gara didakwa menyeleweng duit sebanyak RM3.1 juta, tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Johor, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, mereka yang ditahan akan membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang membabitkan lebih 1,000 jenis kenderaan.

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 4

Sekadar Gambar Hiasan

Lapor Harian Metro, mereka yang terlibat terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang berumur antara 27 hingga 42 tahun. Mereka yang ditahan merupakan kakitangan yang berkhidmat di JPJ Johor.

Mereka dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok bagi proses reman dan kes siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Siasatan ini bermula hasil makluman dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ. SPRM akan meneruskan kerjasama dengan JPJ agar langkah pematuhan dan penambahbaikan proses kerja dapat dilakukan sebagai langkah mengelakkan kegiatan rasuah ini berulang khususnya ia menyebabkan ketirisan hasil kerajaan.

Sekadar Gambar Hiasan

Pada masa yang sama, Azam turut menggesa kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke depan dalam membantu siasatan.

Masyarakat yang berurusan di kaunter jabatan perlu ambil peduli dan sentiasa memeriksa resit selepas melakukan urusan di kaunter ataupun ejen yang dilantik.

Sumber: Harian Metro


7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 6

The following two tabs change content below.

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 7

Have courage and be kind.

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 7



7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan, Didakwa Manipulasi Duit Cukai Sebanyak RM3.1 Juta 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo