Berita

73,710 dos vaksin Covid-19 tiba di Johor

73,710 dos vaksin Covid-19 tiba di Johor 2

Johor Bahru: Sebanyak 73,710 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dibawa masuk melalui jalan darat dari Singapura ke negeri ini, jam 2 petang tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia bagi membolehkan proses vaksinasi di negeri ini dijalankan mengikut jadual ditetapkan Pelan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Terdapat empat Pusat Simpanan Vaksin (PSV) diwartakan di Johor dengan 54 lagi adalah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kementerian akan mula proses memberikan vaksin kepada barisan hadapan di Johor secara berperingkat mulai minggu ini,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan di kawasan Tambak Johor, di sini, sejak jam 1 tengah hari tadi mendapati lori penyimpanan khas yang membawa dos vaksin berkenaan sudah bersedia di tengah-tengah tambak berkenaan.

Kenderaan yang membawa Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilihat tiba jam 1.35 tengah hari di Tambak Johor bagi menyambut ketibaan dos vaksin berkenaan.

Penyerahan ringkas dilakukan oleh wakil syarikat vaksin di tengah-tengah tambak berkenaan kepada kerajaan Malaysia yang diwakili Dr Adham dan Hasni.

73,710 dos vaksin Covid-19 tiba di Johor 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo