Berita

8.45 juta jawatan direkodkan dalam sektor swasta suku keempat 2020

8.45 juta jawatan direkodkan dalam sektor swasta suku keempat 2020 2

Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) merekodkan 8.457 juta jawatan dalam sektor swasta pada suku keempat 2020 berbanding dengan 8.661 juta pada 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan sebanyak 204,000 jawatan itu menunjukkan permintaan buruh yang agak perlahan susulan peningkatan semula kes Covid-19 pada suku keempat 2020.

“Daripada keseluruhan jumlah jawatan itu, sebahagian besarnya adalah jawatan separuh mahir dengan sumbangan 62.4 peratus, diikuti mahir (24.4 peratus) dan berkemahiran rendah (13.2 peratus).

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 51.6 peratus jawatan adalah dalam sektor perkhidmatan, diikuti oleh pembuatan (26.7 peratus), pembinaan (15.2 peratus). Selebihnya dalam pertanian serta perlombongan dan pengkuarian yang merangkumi 6.5 peratus,” katanya dalam kenyataan mengenai laporan Statistik Guna Tenaga Suku Keempat 2020 hari ini.

Beliau berkata, kadar pengisian jawatan kekal pada 97.9 peratus dengan merekodkan 8.281 juta jawatan diisi bagaimanapun jumlah ini susut 12,000 daripada 8.293 juta jawatan diisi pada suku ketiga.

Mohd Uzir berkata, kategori separuh mahir mendominasi jawatan diisi dengan sumbangan 62.6 peratus (suku ketiga 2020: 62.4 peratus) manakala mahir merangkumi 24.4 peratus.

Analisis perbandingan prestasi suku tahunan mengikut sektor ekonomi menunjukkan hampir semua sektor merekodkan bilangan jawatan diisi yang lebih rendah kecuali pembuatan yang merekodkan peningkatan sebanyak 5,900 kepada 2.159 juta jawatan diisi, katanya.

Beliau berkata, kekosongan jawatan pada suku keempat 2020 adalah sebanyak 176,000 jawatan berbanding dengan 179,300 pada suku ketiga.

“Jika dibandingkan dengan suku yang sama 2019, penurunan pada suku keempat 2020 adalah lebih tinggi iaitu 22,000,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar kekosongan adalah pada kategori separuh mahir (98,200) dan diikuti mahir (40,500).

Mengikut sektor ekonomi, sebahagian besar kekosongan jawatan adalah dalam sektor pembuatan (55.6 peratus) terutama subsektor produk elektrik, elektronik dan optik (17.6 peratus) serta diikuti oleh produk petroleum, kimia, getah dan plastik (10.5 peratus), katanya.

Mohd Uzir berkata, di sebalik prestasi perlahan ekonomi yang berlaku berikutan krisis Covid-19 di Malaysia, 16,700 jawatan baharu diwujudkan dalam sektor swasta.

“Bagaimanapun, berbanding dengan suku ketiga, pewujudan jawatan baharu berkurang sebanyak 4,300 (suku ketiga 2020: 21,000),” katanya.

Beliau menjelaskan dari segi kategori kemahiran, sebahagian besar jawatan baharu dicatatkan pada kategori separuh mahir yang merekodkan 10,600 bersamaan dengan 63.2 peratus, diikuti mahir 4,900 (29.5 peratus) dan berkemahiran rendah 1,200 (7.3 peratus).

Melihat kepada aktiviti ekonomi, majoriti jawatan baharu diwujudkan adalah dalam sektor pembuatan iaitu 6,800 (40.5 peratus) terutama bagi subsektor produk elektrik, elektronik dan optik, katanya.

Beliau berkata selain itu, subsektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan 2,100 (12.7 peratus) jawatan baharu di sektor perkhidmatan.

Mohd Uzir berkata, sebagai rumusan, suku keempat 2020 adalah amat mencabar kepada pasaran buruh susulan gelombang ketiga Covid-19 serta penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan peraturan lebih ketat di kawasan tertentu di negara ini bagi tempoh dua bulan terakhir 2020.

“Tidak dapat dinafikan, aktiviti ekonomi harian telah banyak terjejas, terutama bagi perniagaan domestik dan perusahaan kecil.

“Oleh itu, dengan adanya pelancaran pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), diharapkan keadaan ekonomi akan lebih stabil dan memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan untuk pulih secara beransur-ansur pada 2021 seterusnya mewujudkan lebih banyak kekosongan jawatan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • 8.45 juta jawatan direkodkan dalam sektor swasta suku keempat 2020 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo