Infotainment

‘Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil’ – Shuib

‘Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil’ – Shuib
'Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil' – Shuib 1

Kini Trending

‘Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil’ – Shuib

Pelawak dan usahawan Shuib, 36, memohon doa daripada orang ramai agar abang kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin kembali stabil.

Artikel berkaitan : Tahap Oksigen Abang Siti Sarah Rendah, Shuib Mohon Doa – ‘Saya Dah Jadi Fobia’

Artikel Berkaitan: Tahap Empat Covid-19, Abang Siti Sarah Dipindahkan Ke ICU

'Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil' – Shuib 4

Menurut Shuib, Firdous dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor dan ditidurkan sejak jam 5 pagi semalam bagi membolehkan paru-parunya berehat.

Malam ini saya buat majlis baca Yasin untuk abang ipar saya juga. Mungkin boleh bagi kekuatan kepada dia untuk sembuh.

Pada pukul 11 pagi semalam saya dimaklumkan kondisi Firdous tidak baik. Doktor menjelaskan situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah… Paru-paru abang ipar tidak baik. Saya mohon semua orang doakan untuk dia.

'Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil' – Shuib 6

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhamad menyatakan Firdous sangat lemah semangat memandangkan dia dan Siti Sarah mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Dia rapat sangat dengan arwah isteri saya. Jadi, apabila Siti Sarah meninggal dunia dia sangat ‘down’. Saya cakap kena kuat semangat.

Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis bacaan tahlil dan Yasin yang dilakukan secara maya.

Sebelum ini, Firdous dikerjakan ke hospital kerana tahap oksigennya yang rendah iaitu turun 85 peratus.

Difahamkan juga, isterinya turut disahkan positif Covid-19. Namun kedua-dua anak mereka bebas dari virus berkenaan.

Dia bersama isterinya telah disahkan positif pada 2 Ogos lalu dan mereka telah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama lapan hari.

Shuib memaklumkan seluruh keluarga sudah negatif dan bebas virus bahaya itu kecuali abang dan kakak iparnya.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu, Facebook @Ahmad Firdous Raissuddin


'Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil' – Shuib 8

The following two tabs change content below.


'Abang Ipar & Siti Sarah Sangat Rapat, Mohon Doa Agar Stabil' – Shuib 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo