Infotainment

‘Adakah Yang Sanggup?’ – Zarina Zainuddin Sedia Bayar Gaji Bakal Menantu

‘Adakah Yang Sanggup?’ – Zarina Zainuddin Sedia Bayar Gaji Bakal Menantu 2

Umum sedia maklum, pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autisme. Muhammad Raizal Azrai atau Azal menghidap autisme tahap sederhana manakala Azil perlu mengambil ubat.

Terbaru, Zarina menerusi perkongsian Harian Metro berkata, Azal sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.

‘Adakah Yang Sanggup?’ – Zarina Zainuddin Sedia Bayar Gaji Bakal Menantu 3

Disebabkan itu, dia sebagai seorang ibu sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan Azal.

Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup? Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya.

Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung. Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung.

Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya. Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita.

Kata Zarina, Azal adalah autisme tahap sederhana dan boleh melakukan kerja sama seperti orang lain.

‘Adakah Yang Sanggup?’ – Zarina Zainuddin Sedia Bayar Gaji Bakal Menantu 4

Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.

Menurutnya lagi, dia sedia berkorban untuk orang yang sudah berkorban untuk anaknya.

Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan. Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia.

Baginya, tidak salah memberi gaji kerana wanita berkenaan juga mempunyai kehidupan dan keinginan untuk membeli apa yang dimahukan.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



‘Adakah Yang Sanggup?’ – Zarina Zainuddin Sedia Bayar Gaji Bakal Menantu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo