Infotainment

Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Haram Pakai Chopstick

Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Haram Pakai Chopstick
Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Haram Pakai Chopstick 1

Sudah hampir 14 tahun memeluk Islam, baru-baru ini pelakon Adam Corrie mendedahkan dia pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau ‘chopstick’.

Adam berkata ia berikutan ada pihak menganggap penggunaan chopstick dikatakan haram disisi agama Islam. Adam turut meminta orang ramai membezakan antara budaya dan agama.

BACA: Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu

“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Adam turut berkongsikan kaedah menggunakan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi di dalam mangkuk.

“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh.

“Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan. Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai chopstick la, budaya bangsa sendiri,” katanya.

Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.


Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Haram Pakai Chopstick 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo