Berita

Adibah Noor cuma nak kongsi ilmu

Adibah Noor cuma nak kongsi ilmu 2

Kuala Lumpur: “Tujuan sebenar saya adalah untuk berkongsi ilmu. Kenapa perlu takut?” kata penyanyi dan pelakon Adibah Noor mengenai tindakannya yang aktif memperbetulkan sebutan bahasa Inggeris beberapa selebriti dan tokoh terkenal tempatan di media sosial.

Semalam, Adibah, 59, mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan seorang menteri yang dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya, baru-baru ini.

Adibah ketika dihubungi berkata, dia cuma berkongsi ilmu yang diketahuinya saja.

“Kenapa perlu gerun atau takut? Tak payahlah begitu. Memang ramai dalam kalangan rakan artis dan orang-orang yang mengenali saya, mereka takut nak bertutur dalam bahasa Inggeris sebab takut saya betulkan. “Saya rasa perasaan takut itu sebenarnya bukan takut atau gerun, tapi sebab malu. Malu sebab kita tak tahu dan tak cukup ilmu.

“Kerana malu maka ia diinterpretasikan sebagai takut. Tak perlu takut, tak perlu gerun. Saya hanya membetulkan atau berkongsi dengan pengikut dan sesiapa saja yang sudi tengok video itu,” katanya yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris.

Adibah berkata, dia hanya memperbetulkan satu perkataan saja dalam ucapan menteri itu walaupun dia sebenarnya perlu memperbetulkan seluruh ucapan itu dari segi cara sebutan, intonasi dan sebagainya.

“Saya buat itu sebab di dalam pertuturan walaupun dalam bahasa Melayu, kadang-kadang kita memang ada salah sebut tapi orang tetap faham.

“Itu sebabnya saya tak betulkan semua sebab secara keseluruhannya, cara beliau menyampaikan ucapan itu dengan sebutan-sebutan walaupun tidak berapa betul, tapi ia boleh diterima kerana masih boleh difahami. Cuma satu perkataan itu yang saya betulkan kerana memang sebutannya salah. Itu saja,” katanya.

Adibah berkata, ketika bersekolah dulu, pasti ada beberapa guru yang ditakuti pelajar.

“Kita ada guru-guru yang menggerunkan. Sebab apa? Sebab dia garang dan tegas, kan? Tapi, kita dapat ilmu daripada dia. Kalau dia tidak tekankan sesuatu ilmu itu, sampai bila-bila kita tiada ilmu itu.

“Jadi, tujuan saya adalah untuk kita sama-sama belajar. Untuk berkongsi apa yang saya tahu. Saya ini bukanlah handal sangat dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Adibah sedar mungkin ada beberapa pihak tidak menyukainya apabila dia menyentuh atau memberi perhatian kepada selebriti dan tokoh tertentu.

“Ada juga yang cakap dengan saya, tak bolehkah kalau tak bagi tumpuan kepada orang-orang ini kerana mereka akan dikecam dan sebagainya.

“Saya berbuat demikian memang mahu ia viral, tapi bukan sebab saya nak popular. Apabila ia viral, kita senang nak ingat. Jadi, penyebaran ilmu itu lebih banyak dan luas,” katanya.

Sebelum ini Adibah turut tampil dengan video dia memperbetulkan sebutan bahasa Inggeris seorang pembaca berita dan sebutan yang betul judul filem antarabangsa seperti Tomb Raider, Predator dan Skyscraper.

Adibah Noor cuma nak kongsi ilmu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo