Berita

Agong berkenan sempurna pemasyhuran bandar raya Kuantan

Agong berkenan sempurna pemasyhuran bandar raya Kuantan 2

Kuantan: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran bandar raya Kuantan pada Ahad ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Selain itu, turut dijadualkan menghadiri majlis bersejarah itu ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Majlis pemasyhuran ini diadakan susulan kelulusan diberi oleh kerajaan Persekutuan menerusi mesyuarat Kabinet pada 8 Mei 2019 dan pemilihan tarikh 21 Februari dibuat setelah beberapa kali ia ditunda ekoran pelbagai faktor termasuk situasi pandemik Covid-19.

“Majlis pemasyhuran akan dilaksanakan menurut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi membendung wabak Covid-19.

“Oleh sebab itu, jumlah jemputan dihadkan bagi memastikan pelaksanaan aspek penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kali terakhir majlis seperti itu diadakan ialah pada 1 September 1979 atau lebih 40 tahun lalu, sempena menaik taraf Kuantan daripada sebuah bandar kepada perbandaran.

Sehubungan itu, Wan Rosdy berharap penduduk Pahang dapat bersama-sama berbangga dengan majlis bersejarah itu sungguhpun diadakan dalam skala sederhana.

Agong berkenan sempurna pemasyhuran bandar raya Kuantan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo