Artikel Terkini

Aguero, Lee Tuck ‘korban’ sambutan Hari Krismas

Aguero, Lee Tuck ‘korban’ sambutan Hari Krismas
Aguero, Lee Tuck 'korban' sambutan Hari Krismas 1

KUALA LUMPUR – Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Sergio Aguero dan Lee Tuck tidak mempunyai masalah untuk ‘korbankan’ sambutan perayaan Hari Krismas demi membantu pasukan mengharungi kempen Piala AFF 2022 kali ini.

Aguero yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ketika membantu skuad negara menang 5-0 ke atas Laos semalam mengakui fokus utama adalah untuk bersama dengan pasukan kebangsaan meskipun rindu dengan keluarga di rumah.

“Kejayaan yang diraih ketika ini untuk keluarga saya yang berada di Kuantan, Pahang dan saya tidak boleh lepaskan panggilan pertama skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF kali ini.

“Secara jujur, sukar untuk saya berjauhan dengan keluarga pada perayaan Krismas memandangkan anak-anak masih kecil tetapi saya perlu berkorban demi Malaysia,” katanya pemain kelahiran Argentina itu.

Sementara itu, tonggak tengah kelahiran England, Lee Tuck turut mengakui ini adalah kali pertama dia terpaksa berjauhan dengan keluarga pada perayaan Krismas.

“Ini adalah pilihan peribadi dan saya cukup berbangga dengan keputusan ini kerana bukan mudah untuk saya mewakili pasukan kebangsaan,” kata Lee Tuck.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon akan mengharungi aksi ketiga bertemu Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa depan. – KOSMO! ONLINE


Aguero, Lee Tuck 'korban' sambutan Hari Krismas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo