Artikel Terkini

Ahli Parlimen DAP fail rayuan berkait ganti rugi RM2 juta

Ahli Parlimen DAP fail rayuan berkait ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen DAP fail rayuan berkait ganti rugi RM2 juta 1

Lim Lip Eng memfailkan rayuan pada hari sama mahkamah mengarahkannya membayar ganti rugi kepada MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasas Jessy Lai.

Ahli Parlimen DAP fail rayuan berkait ganti rugi RM2 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mendapati Lim Lip Eng bertanggungjawab ke atas fitnah terhadap firma e-dagang enam tahun lalu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong daripada DAP Lim Lip Eng yang diarahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada pengasas firma e-dagang mengesahkan beliau sudah mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Notis rayuan difailkan semalam tidak lama selepas mendengar keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi yang mana beliau didapati bertanggungjawab ke atas fitnah terhadap MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Jessy Lai, enam tahun lalu.

“Ya, saya sudah failkan notis rayuan semalam. Sekarang perlu menunggu keputusan bagi semua proses rayuan akan dijalankan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Lim membayar ganti rugi kepada syarikat MonSpace dan pengasasnya kerana memfitnah.

Hakim Akhtar Tahir turut memerintahkan Lim membuat permohonan maaf dalam masa tujuh hari selepas kenyataan maaf itu dimuktamadkan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Lim dinamakan sebagai defendan didapati bersalah memfitnah dan mencemarkan nama baik syarikat itu dan pengasasnya ketika prosiding secara dalam talian.

Lai dan MonSpace (plaintiff pertama dan kedua) memfailkan saman terhadap Lim pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan memfitnahnya yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.

Lim didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai syarikat itu menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari China.

Kenyataan itu dibuat pada Mei 2017 dan November 2018 apabila Lai membawa sekumpulan individu, dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lim dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.

Susulan itu, Lai mendakwa kenyataan itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Ahli Parlimen DAP fail rayuan berkait ganti rugi RM2 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo