Infotainment

Ahmad Zahid berdarah pahlawan, pasti tak gentar pemilihan

Ahmad Zahid berdarah pahlawan, pasti tak gentar pemilihan
Ahmad Zahid berdarah pahlawan, pasti tak gentar pemilihan 1

PETALING JAYA: Puteri UMNO Bahagian Ledang menyifatkan cadangan agar jawatan utama terutamanya Presiden tidak dipertandingkan juga dilihat memperlekehkan kebolehan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan jawatan yang disandangnya. 

Ketua Puterinya, Nadhirah Afiqah berkata, sebagai pemimpin yang bijaksana, Presiden UMNO berjaya memastikan UMNO terus berada dalam kerajaan walaupun hanya memenangi 26 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Malah sebagai pemimpin dengan darah pahlawan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga telah berjaya mendapatkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri yang pernah disandang beliau sebelum ini. 

“Dengan rekod pencapaian ini, adalah mustahil beliau akan berasa gentar untuk menghadapi apa-apa cabaran dalam pemilihan parti malah pastinya akan mempertahan dan melindungi asas demokrasi dalam UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nadhirah, cadangan membawa usul dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar beberapa jawatan utama dalam UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada tahun hadapan dilihat hanyalah satu tindakan membodek kepemimpinan tertinggi UMNO.

Beliau berkata, ini kerana ia ternyata bukanlah pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di seluruh negara yang mahu melihat demokrasi di dalam UMNO dihidup dan disuburkan semula selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada PRU15.

“Jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan adalah disebabkan tidak mahu berlaku perpecahan menjelang PRU15, justeru usai PRU15 seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO ini dihormati dan dipatuhi,” katanya. – UTUSAN


Ahmad Zahid berdarah pahlawan, pasti tak gentar pemilihan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo