Berita

AIA lancar pelan insurans digital

AIA lancar pelan insurans digital 1

AIA lancar pelan insurans digital 2

Kuala Lumpur: AIA General Berhad, anak syarikat AIA Bhd melancarkan inisiatif insurans am ke ruang pendigitalan, sekali gus memenuhi keperluan segmen pelanggan baru iaitu pelanggan digital.

Langkah itu meletakkan AIA General Berhad di barisan hadapan insurans digital di negara ini sebagai sebahagian usaha meluaskan tawaran produknya selain dapat berinteraksi dengan pelanggan menggunakan cara baharu dan dinamik.

Pelan insurans digital pertama yang dilancarkan di bawah inisiatif baharu itu adalah AIA Online Shield, pelan kemalangan peribadi mampu milik yang memberikan perlindungan terhadap kemalangan, Covid-19 serta demam denggi.

Pelan yang direka bersesuaian dengan keadaan semasa ini menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih manfaat dan tempoh perlindungan diinginkan.

Pelan ini juga memberikan pampasan sehingga RM50,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan serta sehingga RM12,000 untuk kematian akibat Covid-19 dan demam denggi.

Menariknya, proses pelanggan dari peringkat pembelian sehingga tuntutan dipermudahkan dan dilaksanakan sepenuhnya secara digital sekali gus memperkasakan usaha syarikat untuk menjadikan perlindungan insurans lebih mudah diakses dan mampu dimiliki.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Chang berkata, inisiatif itu sebahagian daripada usaha syarikat mencari kaedah baru dalam menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

“Inisiatif ini juga bagi memenuhi keperluan perlindungan pelanggan yang sentiasa berubah dengan membolehkan pembelian perlindungan insurans menggunakan kaedah pilihan mereka sendiri, termasuk secara dalam talian,” katanya.

AIA lancar pelan insurans digital 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo