Berita

AirAsia catat pemulihan ketara | Harian Metro

AirAsia catat pemulihan ketara | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: AirAsia Group Bhd terbukti mengemudi fasa pemulihannya secara memberangsangkan dengan prestasi metrik operasi utamanya meningkat pada Disember 2020 berbanding September tahun sama.

Ini menerusi peningkatan sebanyak 31 peratus terutamanya jumlah penumpang dibawa oleh AirAsia Thailand (TAA), angka penumpang AirAsia Philippines (PAA) yang naik dua kali ganda manakala bilangan penumpang AirAsia Indonesia (IAA) melonjak sebanyak 11 kali ganda.

Dalam kenyataan pada Selasa, kumpulan itu berkata AirAsia Malaysia (MAA) mengakhiri suku keempat dengan membawa sebanyak 834,934 penumpang yang merupakan faktor beban muatan sebanyak 72 peratus, walaupun berlakunya penurunan pada Oktober dan November lepas susulan pelaksanaan semula sekatan pergerakan rentas negeri.

Menurutnya, kelonggaran sekatan pada Disember sebaliknya menyaksikan peningkatan ketara perjalanan udara di peringkat domestik.

“Tahun penuh 2020 merupakan tahun yang berdaya tahan bagi kesemua empat entiti penerbangan AirAsia (AOC) itu yang mana setiap satunya berusaha gigih untuk mengharungi cabaran serta secara bersama telah berjaya mengangkut sebanyak 23 juta penumpang.

“Menjelang Disember, keempat-empat AOC ini telah mencatat peningkatan hampir 60 peratus berbanding kapasiti domestik sebelum bermulanya penularan Covid-19,” katanya.

Bagi tempoh pasca-Covid-19, kumpulan itu menyasarkan untuk meraih manfaat daripada usaha pengoptimuman operasi pada 2020, menumpukan aspek pemulihan membabitkan laluan paling popular dan menguntungkan selain meninjau peluang bagi mendapatkan bahagian pasaran.

Menurut AirAsia, IAA mencatat pemulihan kukuh pada suku keempat 2020 dengan jumlah penumpang menokok lebih lima kali ganda bagi suku ke suku kepada 389,283 orang manakala beban muatannya meningkat kepada 59 peratus iaitu pertambahan sebanyak 10 mata peratusan (ppts) daripada suku ketiga tahun sama berikutan operasi penerbangan yang disambung semula serta kelonggaran sekatan perjalanan.

“Pada Disember, kapasiti operasi IAA melebihi tiga kali ganda berbanding pada November bagi memenuhi peningkatan permintaan. Sebahagian besar operasi itu lebih menumpukan pasaran domestik pada kapasiti memberangsangkan iaitu 93 peratus berbanding tempoh kapasiti sebelum penularan.

“Oleh itu, kumpulan ini amat teruja dengan peningkatan kukuh berkenaan dan menyasarkan IAA akan pulih sepenuhnya kepada kapasiti pra-COVID-19 pada suku pertama 2021,” katanya.

Menurut kumpulan itu, PAA telah membawa sebanyak 117,948 penumpang pada suku keempat 2020 manakala beban muatan sebanyak 64 peratus.

“Dari segi asas bulan ke bulan, jumlah penumpang yang dibawa oleh PAA menokok dua kali ganda manakala kapasiti operasi domestiknya meningkat sebanyak lima mata peratusan kepada 13 peratus pada Disember berbanding September 2020.”

Dalam pada itu, prestasi TAA terus mencatat momentum pada suku keempat 2020, didorong oleh permintaan perjalanan udara domestik yang lebih kukuh susulan musim perayaan dan insentif pelancongan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Operasi suku keempat 2020 TAA terbukti melebihi jangkaan apabila ia melepasi kapasiti pra-COVID-19 sebanyak tujuh peratus.

“Pada Disember 2020, TAA mengendalikan kapasiti pada kadar 116 peratus berbanding tempoh pra-COVID-19 bagi domestik, daripada 96 peratus pada September 2020 dan memanfaatkan 70 peratus daripada kapasiti sedia ada menjelang akhir Disember 2020.

“Ia telah membawa lebih daripada 2.8 juta penumpang pada suku tersebut – meningkat 50 peratus bagi suku ke suku yang membolehkannya mencatat pertambahan sebanyak 50 peratus suku ke suku dengan faktor beban muatan memberangsangkan sebanyak 74 peratus.”

AirAsia juga menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti peningkatan kukuh permintaan perjalanan udara domestik yang merentasi pasaran operasi utama bagi kumpulan tersebut.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • AirAsia catat pemulihan ketara | Harian Metro 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo