Berita

AirAsia jalani fasa pemulihan terbaik

AirAsia jalani fasa pemulihan terbaik 2

AIRASIA Group Bhd (AirAsia) menjalani fasa pemulihannya dengan sangat baik apabila metrik operasi utama meningkat pada suku keempat 2020 berbanding suku sebelumnya.

Ia khususnya dengan peningkatan ketara jumlah penumpang yang dibawa oleh AirAsia Thailand, AirAsia Filipina dan AirAsia Indonesia.

AirAsia berkata, peningkatan jumlah penumpang dicatatkan menandakan pemulihan domestik kukuh untuk permintaan perjalanan udara di seluruh pasaran operasi utama kumpulan penerbangan tambang rendah itu.

Ia berkata, tahun lalu adalah tahun berdaya tahan untuk semua empat sijil pengendali udara (AOC) kerana setiap entiti bekerja keras untuk mengatasi cabaran dihadapi dan secara bersama-sama membawa 23 juta penumpang.

“Menjelang Disember tahun lalu, empat AOC pulih hampir 60 peratus kapasiti domestik pra-Covid-19.

“Pasca-Covid-19, kumpulan menjangka mendapat manfaat daripada operasi syarikat penerbangan lebih mantap dan mengoptimumkan operasi penerbangan yang ditubuhkan pada tahun lalu, menumpukan pemulihan laluan yang paling menguntungkan dan popular sambil meneroka peluang memperoleh penguasaan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia Malaysia menutup suku keempat 2020 dengan jumlah penumpang dibawa sebanyak 834,934 selain faktor muatan sihat pada 72 peratus meskipun terdapat kemerosotan pada Oktober tahun lalu dan November tahun lalu susulan pelaksanaan larangan perjalanan merentas negeri.

AirAsia Indonesia mencatatkan pemulihan yang kukuh pada suku keempat 2020, dengan jumlah penumpang dibawa lebih lima kali ganda dari suku ke suku kepada 389,283 penumpang, sementara faktor muatan meningkat kepada 59 peratus, naik 10 mata peratusan berbanding suku ketiga 2020.

AirAsia jalani fasa pemulihan terbaik 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo