Berita

AirAsia Japan failkan muflis | Harian Metro

AirAsia Japan failkan muflis | Harian Metro 1

AirAsia Japan failkan muflis | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) hari ini memfailkan muflis.

“(Ini) disebabkan ketakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk yang dikenakan susulan pandemik koronavirus,” menurut syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

Pada 5 Oktober, kumpulan itu mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2020 @ 9:03 PM

AirAsia Japan failkan muflis | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo