Infotainment

Akhirnya Ke Jinjang Pelamin, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Nikah 1 Januari 2021 Nanti

Akhirnya Ke Jinjang Pelamin, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Nikah 1 Januari 2021 Nanti 2

Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat pasangan sensasi, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang telah mengumumkan secara rasmi tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 1 Januari 2021 nanti.

Akhirnya Ke Jinjang Pelamin, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Nikah 1 Januari 2021 Nanti 3Difahamkan berita gembira tersebut telah dikongsi pasangan ini menerusi episod pertama #BilAydaJatuhCinta menerusi saluran Youtube Wuvv Show, semalam.

Kedua pasangan ini turut menceritakan kisah-kisah ketika di fasa awal perkenalan sehinggalah kini di samping berkongsi detik bakal bergelar raja sehari.

“Dia memang tak ingat langsung mengenai tarikh.Sebab itulah tarikh untuk kahwin pun dia (Ayda) pilih tarikh yang sangat senang untuk ingat. Ini adalah pengumuman untuk majlis perkahwinan kami, 1 Januari 2021..”

Dalam sesi temubual serba santai itu, pasangan merpati dua sejoli ini turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis yang sebelum ini rancak berteka-teki mengenai tarikh sebenar mereka akan berkahwin.

Dalam pada itu, Nabil dan Ayda turut memohon doa daripada peminat agar dipermudahkan urusan mereka berdua dalam usaha mendirikan masjid.

Tahniah diucapkan buat Nabil Mahir dan Ayda Jebat!



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Akhirnya Ke Jinjang Pelamin, Nabil Mahir Dan Ayda Jebat Nikah 1 Januari 2021 Nanti 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo