Artikel Terkini

Aksi bertemu Kemboja, Maldives ‘relevan’ – Kim Pan-gon

Aksi bertemu Kemboja, Maldives ‘relevan’ – Kim Pan-gon
Aksi bertemu Kemboja, Maldives 'relevan' - Kim Pan-gon 1

PETALING JAYA – Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengatur dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada Disember depan adalah tepat bagi mempersiapkan pasukan sebelum mengharungi Piala AFF 2022.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, keputusan tersebut dibuat oleh barisan kejurulatih dan pihak pengurusan secara sebulat suara selepas melakukan penilaian daripada pelbagai aspek.

“Kami menerima pelawaan untuk bertemu dengan Kemboja dan Maldives pada aksi persahabatan bulan depan meskipun kedua-dua pasukan ini menduduki ranking yang lebih rendah berbanding skuad Harimau Malaya.

“Kemboja adalah aksi pemanas badan yang cukup sesuai dalam usaha kita untuk mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diperbaiki selepas pasukan kembali berkumpul untuk kem latihan pusat.

“Kita telah bermain perlawanan menentang Thailand dan Filipina tahun ini dan percaya Kemboja akan menjadi pilihan lawan yang baik untuk persiapan kita kali ini.

“Selain itu, Maldives pula memiliki corak permainan hampir sama dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain selain mereka telah menang pada dua perlawanan antarabangsa, September lepas.

“Justeru, saya anggap ia sebagai pemilihan yang sesuai sebelum kita bertemu pasukan dalam peringkat kumpulan B saingan Piala AFF 2022 menentang Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu dalam satu kenyataan.

Skuad Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-146 dunia akan berdepan Kemboja 9 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Maldives pada 14 Disember 2022 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Saingan Piala AFF 2022 akan membuka tirai rasmi pada 21 Disember hingga 16 Januari depan. – KOSMO! ONLINE.


Aksi bertemu Kemboja, Maldives 'relevan' - Kim Pan-gon 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo