Infotainment

Aktivis Israel Ini Dedah Media Palestin Lapor Berita Palsu Mengenai ‘Serangan’ Di Masjid Al-Aqsa

Aktivis Israel Ini Dedah Media Palestin Lapor Berita Palsu Mengenai 'Serangan' Di Masjid Al-Aqsa 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Setiap kali Ramadan, Masjid Al-Aqsa di Palestin seolah menerima skrip yang sama apabila kerap diserang oleh pihak Israel membuatkan rakyat Palestin terkorban. Serangan daripada pihak Israel ini bukan sahaja telah mengancam nyawa penduduk setempat malah seolah tidak menghormati bulan Ramadan buat umat Islam.

Di sebalik pelbagai serangan yang dibuat bertahun-tahun, siapa sangka masih ramai yang kurang faham dengan isu yang berlaku. Malah, terdapat pihak yang berpendapat rakyat Palestin sebagai pemberontak serta mahu mengancam nyawa pihak polis setempat.

Menerusi perkongsian daripada salah seorang aktivis Israel ini, beliau telah berkongsi ‘pendedahan sebenar’ isu yang berlaku di Masjid Al-Aqsa di mana beliau mendakwa rakyat Palestin yang radikal akan menyerang pihak polis Israel setiap kali bulan Ramadan tiba.

Beliau memaklumkan, pihak polis yang ‘terpaksa’ menyerang rakyat Palestin yang membaling batu juga hanyalah sebagai langkah untuk mempertahankan diri.

Gaya penceritaan beliau yang manipulatif diselitkan bersama jumlah pihak polis Israel yang cedera diserang oleh rakyat Palestin yang ‘ganas’ seolah menunjukkan media Palestin sebelum ini tidak menceritakan perkara sebenar.

Turut diceritakan juga kegigihan polis Israel yang sanggup ‘berkorban’ menjaga Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam beribadat namun masih lagi diserang rakyat Palestin sekaligus memaparkan ‘sisi buruk’ rakyat Palestin. Isu salah seorang warga Palestin yang maut berikutan terkena serangan rakyat Palestin sendiri antara yang dibangkitkan.

Meskipun rata-rata rakyat seluruh dunia memahami konteks dan isu yang berlaku, video yang dikongsikan aktivis Israel ini nyata ‘membuka mata’ mereka yang tidak mengikuti isu ini sekaligus berpendapat Israel berada di pihak yang benar manakala media Palestin adalah sebaliknya.

Screenshot 2021-05-09 at 2.14.24 PM

Sumber: instagram hnaftali

Screenshot 2021-05-09 at 2.14.08 PM

Sumber: instagram hnaftali

Screenshot 2021-05-09 at 2.13.56 PM

Sumber: instagram hnaftali

Menerusi perkongsian yang dibuat,dapat dilihat dengan jelas bagaimana sesebuah video dengan gaya penceritaan mampu memberi bayangan yang palsu kepada orang ramai kekejaman yang dibuat.

Tular pada minggu ini apabila kegigihan Nas Daily terbalas selepas beliau disahkan berjaya memasuki Malaysia menerusi pasport yang diterima.

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Bangga ‘Surprise’ Pekerja Dengan Pemberian Bonus, Video Instafamous Abai SOP Ini Jadi Perhatian Netizen



Aktivis Israel Ini Dedah Media Palestin Lapor Berita Palsu Mengenai 'Serangan' Di Masjid Al-Aqsa 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo