Berita

Album Metallica ‘laku keras’ | Harian Metro

Album Metallica 'laku keras' | Harian Metro 2

METALLICA mencatat sejarah memiliki lima album di kedudukan lima teratas dalam carta jualan vinyl atau piring hitam Billboard, baru-baru ini.

Lima album itu ialah album kedua mereka, Ride The Lightning pada 1984 di tempat teratas. Ia diikuti album Metallica atau lebih dikenali ‘black album’ pada 1991 di tangga kedua. Seterusnya album …And Justice For All (1988), Kill ‘Em All (1983) dan Master Of Puppets (1986).

Semua album berkenaan termasuk album terbaharu pada 2016, Hardwired…To Self-Destruct dijual di Walmart sejak 29 Januari lalu.

Kejayaan lima album itu mengisi lima slot teratas Carta Vinyl Billboard menjadikan Metallica artis pertama melakukannya sejak carta itu diperkenalkan pada 2011.

Pada 2014, semua album Metallica yang dikeluarkan semula dan menjalani proses ‘remastered’ diletakkan di bawah syarikat rakaman milik mereka iaitu Blackened Recordings.

Dalam satu temu bual pada 2018, pemain dram, Lars Ulrich menjelaskan kenapa dia sangat menyukai piring hitam.

LIMA album mereka yang menduduki lima tangga teratas Carta Vinyl Billboard, baru-baru ini.
LIMA album mereka yang menduduki lima tangga teratas Carta Vinyl Billboard, baru-baru ini.

“Saya masih simpan semua koleksi piring hitam yang saya ada sejak dulu. Ia satu nostalgia yang sangat menarik,” katanya.

Penyanyi dan pemain gitar, James Hetfield juga cukup menghargai dan menyukai album dalam format piring hitam.

“Kita membesar dengan mendengar lagu dari piring hitam dan cukup menyukainya. Ia pengalaman yang sangat menarik. Anda pegang piring hitam itu, keluarkan dari sampulnya, letakkan jarum pemain piring hitam dan menghayatinya.

“Baru-baru ini ketika saya menziarahi rakan sekolah di Los Angeles, kami melepak sambil memasang piring hitam antaranya album kumpulan rock lama seperti Kansas.

“Kami menyelongkar piring hitam lama, menciumnya, baca maklumat di kulit album dan menghayati ‘sound’ yang sedap. Ia begitu mengasyikkan,” katanya.

KETIKA bersama mendiang Cliff Burton (belakang kanan).
KETIKA bersama mendiang Cliff Burton (belakang kanan).

Tahun lalu, Metallica turut memperkenalkan Vinyl Club khas untuk peminat mereka.

Album Metallica 'laku keras' | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo