Infotainment

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 1

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 2

Mendedahkan kepada umum bahawa pusara arwah abangnya Abam Bocey sehingga kini masih tidak putus menerima kunjungan, pelawak penuh sensasi Ali Puteh akui ikatan kasih dan sayang terhadap Allahyarham tetap utuh sehingga kini.

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 3

Menurutnya, semalam telah genap sembilan bulan abangnya pergi mengadap Illahi.

Biarpun penuh cabaran yang dilaluinya termasuklah hinaan dan kecaman, namun beliau menyatakan segalanya hanya mereka sekeluarga sahaja yang tahu akan hakikat sebenar.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ali menerusi sebuah posting di laman Instagramnya.

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 4Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 5

“Hari ini 10 haribulan, genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik beradik. Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan sahaja mereka-mereka semua yang hina kita.”

Dalam pada itu, Ali juga tidak ketinggalan memaklumkan bahawa beliau didatangi arwah abangnya dalam mimpi pada Isnin lalu.

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 6

“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami. Senyum je kau, semoga tenang disana ya bang.”

Malah, beliau juga turut menitip doa agar arwah sentiasa tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 7

“Mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya dekat sana.”

Untuk rekod, Ali sebelum ini pernah dihimpit kontroversi saman menyaman antara keluarganya dan isteri Allahyarham iaitu Nor Hidayah.

Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 8

Namun selepas beberapa ketika, Hidayah khabarnya enggan mengulas lanjut soal itu dan akui kebenaran pasti akan terungkai suatu hari nanti.



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Ali Puteh Dedah Arwah Abam Bocey Datang Dalam Mimpinya Selepas Genap 9 Bulan Pergi Mengadap Ilahi 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo