Berita

Allahyarham tak banyak cakap macam selalu- Noraniza Idris

Allahyarham tak banyak cakap macam selalu- Noraniza Idris 1

Allahyarham tak banyak cakap macam selalu- Noraniza Idris 2

Kuala Lumpur: Penyanyi, Noraniza Idris berkongsi kedukaan mengenai pemergian anak saudaranya, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin yang mayatnya ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Terengganu, hari ini.

Noraniza ketika dihubungi berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Naim yang juga anak saudara kepada bekas suami, adalah sehari selepas dia selesai dengan program Gegar Vaganza 7.

“Pada ketika itu, saya mengunjungi rumah seorang peminat dan kebetulan, Naim ada di sana kerana dia mengendalikan rawatan fisioterapi untuk peminat saya.

“Tapi, tak seperti selalu, dia tak banyak bercakap. Bila bersalaman pun, dia pandang saya dengan pandangan berbeza, tak seperti sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, Naim sudah dianggap seperti anak sendiri memandangkan dia membesar bersama-sama dengan dua anak lelaki Noraniza.

“Dia membesar bersama-sama dengan anak saya dan sebaya dengan anak sulung, Mohd Aliff Haiqal. Jadi, mereka sesama sepupu memang rapat.

“Anak kedua saya, Alfeeq Haiqal pula mengiringinya ke Terengganu untuk majlis perkahwinan ini. Jadi, dia yang banyak kongsikan perkembangan terbaru ketika Naim hilang, baru-baru ini.

“Dari segi keperibadian, Naim adalah anak yang baik dan sangat peramah. Kalau nampak saya, dari jauh lagi dia dah panggil, ‘Maklong’. Pemergiannya satu kehilangan besar buat kami,” katanya.

Noraniza memaklumkan, dia akan menziarahi jenazah pada malam ini selepas dibawa pulang ke Cheras.

Untuk rekod, Naim adalah anak kepada adik bekas suami Noraniza iaitu Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez.

Mayat Naim Hariri Kamaruddin ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada jam 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan lemas selepas mandi di pantai berkenaan dan hilang ditarik ombak.

Berita berkaitan

Kenduri diteruskan walau tiada pernikahan [METROTV]

Ombak kuat cabaran pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas

‘Dua lelaki lemas masih belum ditemui’

‘Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan…’

‘Bakal pengantin lelaki dijadual bernikah hari ini dikhuatiri lemas [METROTV]’

‘Lelaki ajak rakan mandi laut dikhuatiri lemas’

Mayat bakal pengantin lelaki dijumpai [METROTV]

Allahyarham tak banyak cakap macam selalu- Noraniza Idris 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo