Berita

Altimet letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah RPM

Altimet letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah RPM 1

Altimet letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah RPM 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Altimet, 42, meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Recording Performers Malaysia (RPM) berkuatkuasa hari ini.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, dia sudah menyatakan hasrat itu kepada Pengerusi RPM, Datuk Sheila Majid dan tiga Ahli Lembaga Pengarah lain iaitu Jaclyn Victor, Ana Raffali dan Aniu.

“Masa untuk saya menjadi Ahli Lembaga Pengarah sudah tamat. Rasanya sudah tiada apa-apa yang saya boleh sumbangkan secara produktif dalam RPM.

“Daripada mengeruhkan keadaan atau tidak bawa apa-apa manfaat, lebih baik saya digantikan dengan orang yang boleh bagi manfaat,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, tindakan ini diambil kerana Altimet kecewa usahanya untuk menemukan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dengan barisan tertinggi RPM bagi mencari penyelesaian isu royalti ditolak mereka.

Penyanyi lagu Amboi ini mengakui, dia perlu akur dengan keputusan terbabit.

“Itu keputusan seluruh Ahli Lembaga Pengarah. Keputusan ini datang hasil daripada perbincangan dan undian. Usul saya ini tidak mendapat undi yang mencukupi berbanding yang menolak.

“Saya sebenarnya tidak selesa untuk bercakap perkara ini kepada media. Sebabnya saya dah kata kepada Datuk Freddie, benda ini jangan diceritakan kepada media dan kita berjumpa untuk selesaikan.

“Kita semua berniat baik dan kita mahu yang terbaik untuk anak seni kita. Cuma kadang-kadang pendapat kita berlainan,” katanya.

Menurutnya, dia mahu melakukan yang terbaik untuk RPM, namun berbeza pendapat dengan Ahli Lembaga yang lain.

“Jadi biarlah saya berundur kerana mungkin pendapat saya itu salah. Saya tidak mahu jadi batu penghalang kepada orang yang nak buat yang terbaik kepada anak seni.

“Saya pun ada rancangan-rancangan lain. Sebenarnya saya nak undur diri tahun ini tapi saya tak dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baru-baru ini disebabkan bapa tiri saya sakit,” katanya.

Altimet berkata, jika ahli RPM mahu dia kekal, dia perlu mengemukakan alasan yang kukuh kenapa dia tidak mahu lagi jawatan itu.

“Ia tidak selari dengan rancangan saya dalam lima hingga 10 tahun akan datang. Itu sebab utamanya,” katanya.

Altimet berkata, dia mempunyai rancangan tersendiri dan jika melaksanakan rancangan ini, dia tidak mempunyai masa untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah yang baik.

Altimet letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah RPM 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo