Artikel Terkini

Amah kerja lebih 7 tahun disyaki larikan wang majikan RM50,000

Amah kerja lebih 7 tahun disyaki larikan wang majikan RM50,000
Amah kerja lebih 7 tahun disyaki larikan wang majikan RM50,000 1

AMPANG JAYA – Niat suri rumah ingin membuka akaun pelaburan buat anak punah selepas wang tunai sebanyak RM50,000 miliknya lesap dipercayai dibawa lari pembantu rumah di sebuah perumahan Pandan Prima, di sini.

Suspek wanita warga asing berusia 58 yang sudah bekerja bersama mangsa selama tujuh tahun berjaya ditangkap di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek tidak melarikan diri dan masih bekerja selepas kejadian.

“Tiada apa rampasan dibuat semasa tangkapan dan ujian mendapati tidak berada dibawah apa-apa pengaruh dadah serta tiada rekod lampau.

“Pembantu rumah itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta permit bekerja yang sah,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Berhubung fakta kes, Mohamad Farouk berkata, mangsa membuat laporan Khamis minggu lalu dan menyatakan wang tunai sebanyak RM50,000 yang disimpan dalam beg tangan dalam stor hilang.

“Duit yang dikeluarkan sehari sebelum itu bertujuan untuk disimpan dalam akaun Amanah Saham Pelaburan (ASB) anaknya namun, mangsa dikatakan sibuk atas urusan pindah rumah lalu gagal membuat transaksi dalam masa terdekat.

“Sisatan mengesan wang tunai yang belum ditemui akan diteruskan dan kes disisat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imgresen 1959/63,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Amah kerja lebih 7 tahun disyaki larikan wang majikan RM50,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list