Berita

Amanat PM buat pasukan Liga M

Amanat PM buat pasukan Liga M 2

Kuala Lumpur: Di sebalik kelonggaran diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) dimulakan pada 5 Mac ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak terutama pegawai dan pemain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat sepanjang liga dijalankan.

Malah, Muhyiddin turut menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turun padang dan meninjau premis serta gelanggang latihan kelab supaya pematuhan SOP yang ketat benar-benar dikuatkuasakan.

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, amanat itu diluahkan oleh Muhyiddin ketika pertemuan hampir sejam yang berlangsung di Putrajaya, semalam.

“Bagi pihak FAM dan MFL, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri (Muhyiddin) atas kesudian beliau mengambil sedikit masa menerima kunjungan hormat kami dalam menjelaskan beberapa kaedah persiapan untuk skuad kebangsaan sepanjang musim ini serta sepak mula Liga M bermula Mac.

“Kami bertukar pendapat dengan Tan Sri mengenai situasi semasa, termasuk persediaan memberi imunisasi kepada keluarga bola sepak negara dan betapa pentingnya industi hiliran berasaskan bola sepak dibenarkan kembali beroperasi di bawah SOP yang ketat.

“Tan Sri memahami bahawa bola sepak di peringkat akar umbi juga harus diberi ruang untuk bernafas demi kelangsungan ekosistem bola sepak secara keseluruhannya, sebagaimana yang diperjuangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican,” katanya.

Menurut Hamidin, Muhyiddin turut berpesan supaya saf kepimpinan FAM bersatu hati di bawah pucuk pimpinan yang padu dan tidak terperangkap dalam krisis kepimpinan.

“Sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan bahawa sukan sentiasa di hati beliau dan mengingatkan kami supaya menguatkan iltizam melaksanakan amalan tadbir urus terbaik untuk membangunkan industri bola sepak tempatan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa FAM dan MFL melaksanakan inisiatif untuk kelompok 2,500 pemain dan pegawai bola sepak di peringkat elit diberi suntikan Covid-19 hasil perbincangan dengan Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (Mosti) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hasil perbincangan dengan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kami mengemukakan permohonan untuk kelompok pemain tempatan diberi suntikan vaksin seberapa awal yang boleh, kemungkinan besar selepas kumpulan petugas barisan hadapan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Amanat PM buat pasukan Liga M 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo