Berita

Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Pro

Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Pro 1

Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Pro 2

APLIKASI terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.

Dilaporkan Amerika Syarikat menggunakan dua data stream yang berbeza iaitu Babel Street dan X-Mode bagi tujuan pengumpulan data lokasi.

Menurut laporan RT.com, “Tentera Amerika Syarikat membeli data pergerakan terperinci individu dari seluruh dunia yang diambil daripada aplikasi yang kelihatan tidak berbahaya.” Joseph Cox, VICE Motherhood. 

Secara khusus, salah satu pembeli adalah Komando Operasi Khas Amerika Syarikat (USSCOM) yang berurusan dengan pemberontakan, anti-keganasan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia. 

Aplikasi Muslim Pro adalah aplikasi peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah. 

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.

Rata-rata umat Islam telah memadamkan aplikasi Muslim Pro berikutan berita penjualan data lokasi ini.

Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Pro 3Pengguna disaran beralih ke aplikasi Waktu Solat Malaysia . – FOTO Waktu Solat Malaysia

Bagi umat Islam yang mahu aplikasi seumpama Muslim Pro, anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Digital. 

Untuk pengetahuan anda, selain sebagai aplikasi peringatan waktu solat, aplikasi Waktu Solat Malaysia ini turut mempunyai fungsi tambahan yang lain seperti panduan waktu solat, koleksi doa-doa, bacaan al-Quran, lokasi masjid atau surau berhampiran pengguna. 

Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di laman sesawang HUAWEI, Apple dan Google.

Amerika Syarikat dilaporkan beli data aplikasi Muslim Pro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo