Infotainment

Amerika Syarikat Membenarkan Huawei Membeli Cip Keluaran Negara Tersebut Untuk Kegunaan Automotif

Amerika Syarikat Membenarkan Huawei Membeli Cip Keluaran Negara Tersebut Untuk Kegunaan Automotif
Amerika Syarikat Membenarkan Huawei Membeli Cip Keluaran Negara Tersebut Untuk Kegunaan Automotif 1

Huawei boleh dikatakan salah satu syarikat teknologi terbesar di China sebelum pentadbiran Donald Trump memaksa syarikat tersebut untuk memikirkan semula strategi pemasaran dan pembuatan peranti mereka, khususnya kerana mereka telah disenarai-hitam daripada melakukan sebarang jual-beli dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Amerika Syarikat.

Dibawah presiden Joe Biden, Huawei masih lagi disenarai-hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat, tetapi nampaknya sekatan yang dilakukan keatas syarikat teknologi dari China tersebut diringankan sedikit dengan pengumuman bahawa Huawei kini dibenarkan untuk membeli cip memori dan pemprosesan dari syarikat-syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat untuk tujuan pembangunan teknologi automotif.

Kerajaan Amerika Syarikat telah mengesahkan lesen diberi kepada Huawei untuk membeli cip-cip ini untuk tujuan pembangunan paparan skrin dan pelbagai jenis sensor kenderaan. Ia dilaporkan bahawa lesen ini diperkenankan kepada Huawei kerana ia bukanlah komponen berteknologi tinggi seperti cip pemancar rangkaian 5G.

Ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana beberapa bulan lalu Huawei telahpun mengesahkan bahawa mereka mempunyai pelan untuk membangunkan teknologi kereta swapandu yang boleh dikomersilkan menjelang 2025 kelak. Pembelian cip-cip ini ialah langkah yang diperlukan oleh mereka untuk memastikan cita-cita tersebut menjadi realiti.

Huawei juga dilaporkan mahu mendapatkan pegangan majoriti dalam syarikat pembangun kenderaan Chongqing Sokon, mungkin untuk membangunkan kenderaan mereka sendiri yang menggabungkan pelbagai teknologi dibawah sayap mereka.

Sumber: Reuters

Amerika Syarikat Membenarkan Huawei Membeli Cip Keluaran Negara Tersebut Untuk Kegunaan Automotif 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo