Berita

Amir Hamzah terajui KWSP mulai Mac ini

Amir Hamzah terajui KWSP mulai Mac ini 2

LEMBAGA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Amir Hamzah yang ketika ini adalah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang telah menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Amir Hamzah membawa bersama beliau 25 tahun

pengalaman dalam meneraju beberapa organisasi korporat.

Kerjayanya bermula apabila beliau menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants

International, Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) dari Universiti Syracuse, New York.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula

sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

“Wawasan serta komitmen Alizakri kepada semua pihak

berkepentingan terutama ahli-ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkat kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian sebagai metrik utama, serta memperkasa keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagi pihak KWSP, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Alizakri atas perkhidmatan yang cemerlang kepada KWSP.

“Dalam masa sama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP yang baharu.

“Kami mengalu-alukan kehadiran beliau untuk menerajui organisasi ini dan percaya ciri-ciri kepimpinan dinamik yang beliau miliki serta pengalaman yang luas mampu membantu KWSP di kala mengharungi detik-detik masa kini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP,” katanya.

Sebelum Alizakri, KWSP diterajui Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang ketika ini mengemudi Khazanah Nasional Berhad.

Amir Hamzah terajui KWSP mulai Mac ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo