Infotainment

Anak Pelakon Buat Laporan Polis Tolak Vaksin

Anak Pelakon Buat Laporan Polis Tolak Vaksin
Anak Pelakon Buat Laporan Polis Tolak Vaksin 1

Tiga orang pelajar terdiri daripada dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Azrell Omar Azri Iskandar, 17 bersama adiknya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17 membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati.

Menurut Azrell Omar, laporan itu dibuat kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya.

“Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin yang masih lagi pada tahap ujian klinikal.

“Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah boleh dilaksanakan untuk mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan tradisional secara holistik iaitu rawatan homeopathi, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan selama ini bagi mencegah penularan pandemik,” katanya.

Pelajar itu dan adiknya yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan turut ditemani ibu mereka yang juga seorang pelakon terkenal, Ellie Suriaty Omar.

Azrell berkata dia menerima borang daripada guru sekolahnya untuk mengisi borang vaksin dua minggu lalu. Ujarnya, mereka berhak menentukan sama ada untuk mengambil vaksin.

“Dalam borang berkenaan, kami diberitahu tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin dan ibu bapa yang menerima keputusannya.

“Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengisi borang atau mengambil vaksin.

“Malahan saya dan semua ahli keluarga belum mengambil vaksin sehingga kini termasuk ibu bapa saya kerana mereka berhak untuk menentukan sama ada mahu atau enggan mengambilnya,” katanya.

Jelas Azrell, tindakannya membuat laporan itu tiada paksaan daripada mana-mana individu sebaliknya dibuat atas penilaian sendiri melalui maklumat diperolehinya berkaitan vaksin daripada Google termasuk membaca berita dari luar negara serta daripada ibunya, ahli keluarga serta kenalan.


Anak Pelakon Buat Laporan Polis Tolak Vaksin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo