Infotainment

Anak Saya Didera Dan Dibunuh Kerana ‘Bomoh’ Fitnah Dia Mencuri, Kata Bapa Zulfarhan

Anak Saya Didera Dan Dibunuh Kerana ‘Bomoh’ Fitnah Dia Mencuri, Kata Bapa Zulfarhan
Anak Saya Didera Dan Dibunuh Kerana 'Bomoh' Fitnah Dia Mencuri, Kata Bapa Zulfarhan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bapa kepada kadet marin yang terbunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan perasaan bahawa anaknya mungkin masih hidup hari ini jika bukan kerana seorang “bomoh” atau pawang yang mendakwa anaknya mencuri komputer riba.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Free Malaysia Today, Zulkarnain Idrus berkata bahawa tuduhan bomoh tersebut tidak berasas dan tidak disertakan dengan bukti, sebaliknya hanya berpaksikan kepada aksi tahyul.

“Anak saya mangsa fitnah bomoh,” kata bapa kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbunuh itu kepada FMT. “Dia (bomoh) tak ada bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, ape ke…Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya,” katanya.

Semasa perbicaraan Zulfarhan pada 16 Mei 2018, seorang bomoh, Abdullah Md Seh, yang juga bapa tertuduh Muhamad Ashraf Abdullah, dilaporkan memberitahu mahkamah dia menerima “petunjuk” melalui gerak hati dan nama Zulfarhan muncul dalam pandangan bahawa mangsa telah mencuri komputer riba.

Zulkarnain yang kehilangan anak sulungnya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada pengalaman pahit yang terjadi ke atas anaknya. Dengan menggunakan khidmat bomoh untuk niat yang tidak betul bukan sahaja memberi kesan buruk kepada mereka yang terlibat dan hanya akan membawa mudarat.

Apa yang terjadi ke atas Zulfarhan telah membangkitkan isu kecenderungan masyarakat Melayu dalam mempercayai perkara tahyul yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebelum ini The Vocket melaporkan keputusan mahkamah yang berpihak kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan apabila 18 penuntut #UPNM didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh & mencederakan mangsa.

Enam individu tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah. Selain itu, mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Hakim putuskan 18 penuntut UPNM didapati bersalah dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Hakim Putuskan 18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah Dalam Kes Kematian Allahyarham Zulfarhan

18 Penuntut UPNM Diarah Bela Diri Dalam Kes Bunuh Zulfarhan

10 Tanda Anak Anda Mangsa Buli Dan Apa Tindakan Yang Perlu Diambil


Anak Saya Didera Dan Dibunuh Kerana 'Bomoh' Fitnah Dia Mencuri, Kata Bapa Zulfarhan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo