Berita

Andi masih perlu rawatan lanjut

Andi masih perlu rawatan lanjut 2

Kuala Lumpur: Keadaan penyanyi Andi Bernadee, 30, kini bertambah baik selepas mendapatkan rawatan daripada ustaz akibat terkena buatan sihir.

Perkara itu dimaklumkan pengurusnya, Nasir Deraman yang memberitahu penyanyi Donde terbabit masih dalam proses mengembalikan semula kewarasan dirinya.

“Keadaan Andi sudah bertambah sedikit baik. Dia sudah menerima rawatan sejak semalam daripada seorang ustaz untuk membuang segala barang buruk yang ada dalam badannya.

“Barang itu termasuk seperti yang anda lihat yang dikongsinya menerusi Instagram. Sewaktu memuat naiknya, Andi pun sebenarnya berada di luar kewarasannya.

“Dia sekarang okay tapi masih lagi perlu buat rawatan lanjut supaya barang yang dihantar kepadanya itu boleh hilang sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Donde itu berkongsi dirinya menjadi mangsa sihir seorang wanita sehingga kehidupan hariannya terganggu dengan pelbagai perkara pelik.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile berkata, dia sudah dua kali terkena perkara itu dan paling terbaru, beberapa hari lalu.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkongsi video dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik keluar dari bahagian tekaknya.

Selain itu, katak kering juga ditemui atas bumbung kediamannya.

Berita berkaitan

Paku karat keluar dari tekak Andi Bernadee

Andi masih perlu rawatan lanjut 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo