Infotainment

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 2

Kini Trending

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 3

Akhirnya misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai pagi semalam. Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri.

Lebih memilukan apabila tergamaknya suami menembak  isterinya yang berusia 38 tahun ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 4

Pada 1 Mac 2021 lalu pihak polis telah menerima satu laporan melibatkan mangsa perempuan warganegara Malaysia berusia 38 tahun telah hilang. Hasil siasatan mendapati mangsa telah keluar rumah pada 1 Mac 2021 lebih kurang 2 pagi selepas pergaduhan bersama suaminya.

Susulan itu, pihak polis telah menangkap suami dan rakan kepada suami mangsa untuk membantu siasatan. Hasil siasatan mendapati suami mempunyai rekod jenayah yang lampau.

Selepas siasatan, suami mangsa mengaku telah membunuh isterinya dirumah waktu tidur menggunakan senapang angin. Lebih memilukan apabila mayat wanita malang berkenaan dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar sebelum ia dibawa ke sebuah ladang serai di Bandar Penawar, lebih 30 kilometer dari kediaman mereka dan ditanam di situ

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 5

Suspek kemudian menunjukkan lokasi isterinya ditanam, semalam kira-kira jam 10.30 pagi. Mayat mangsa yang diisi di dalam tong air itu turut ditemui tertanam sedalam kira-kira dua meter di ladang serai berkenaan.

Kita percaya suspek membawa tong air biru itu di dalam pacuan empat roda miliknya ke ladang berkenaan sebelum menggunakan jengkaut bagi menggali lubang bagi menanam tong berkenaan.

Hasil siasatan lanjut di rumah suspek menemukan selaras senapang angin, selaras senapang patah, 54 butir peluru penabur 12 bore, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dan jengkaut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay , kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu, selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan. Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh tiga hari selepas laporan dibuat.

Sumber : Polis Johor


Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 6

The following two tabs change content below.

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 7

I’m not fat, I’m just easy to see

Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 7



Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo