Berita

Angkat isu kesihatan mental | Harian Metro

Angkat isu kesihatan mental | Harian Metro 1

Angkat isu kesihatan mental | Harian Metro 2

SELEPAS berjaya meraih kedudukan tiga teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan pada malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah enggan menunggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu.

Apa yang menarik, single berjudul Dalil Cinta yang baharu dilancarkan itu turut menampilkan gandingan hebat juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Dr Fitri Haris.

Tidak seperti karya mereka terdahulu yang banyak mengangkat isu remaja, Dalil Cinta ciptaan Akmal Mustafa dan lirik oleh Hasif Sazali itu memilih isu kesihatan mental yang kian membelenggu masyarakat dunia hari ini.

Fitri berkata, Malaysia memperlihatkan trend peningkatan masalah kesihatan mental yang agak membimbangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih menakutkan lagi apabila isu terbabit masih dianggap tabu oleh sebilangan masyarakat di Malaysia.

“Sejak krisis pandemik Covid-19 melanda negara, kita boleh lihat semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari.

“Amat menyedihkan bila respons yang mereka terima daripada masyarakat boleh dikatakan amat negatif dan langsung tidak membantu. Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini sebagai tema dalam Dalil Cinta dengan harapan lirik yang kami nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka untuk memulakan tahun baharu 2021,” katanya.

Menurut bekas anggota UNIC ini, pengalamannya sepanjang menghadapi jatuh bangun dalam industri muzik menjadikan Dalil Cinta suatu karya yang amat dekat di hati.

Mengulas mengenai keputusan pada malam Anugerah Nasyid Malaysia baru-baru ini, anggota kumpulan Rabithah, Hakim Sufian ternyata berpuas hati dengan kemenangan Inteam dalam kategori Artis Nasyid Pilihan.

“Berjaya ada dalam Top 3 pun sudah cukup membanggakan buat kami lebih-lebih lagi apabila dapat tahu jarak undian antara kami dan kumpulan Inteam tidak terlalu jauh.

“Pada kami, ini adalah satu petunjuk bahawa golongan artis nasyid muda dan baharu yang ada dalam industri nasyid mampu untuk berdiri bersama dengan artis-artis nasyid hebat seperti mereka,” katanya.

Selain Hakim Sufian, Rabithah turut dianggotai oleh Ridwan Rais, Ayman Hakimi dan Mahdi Rabithah.

Untuk rekod, ini adalah kerjasama kedua di antara Rabithah dan juga Fitri Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu Hatiku (Ice Cream versi dakwah) nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez berjaya menggemparkan dunia hiburan.

Malah gandingan mereka juga mendapat liputan pelbagai media tempatan dan antarabangsa sehingga ke hari ini.

Dalil Cinta terbitan Tarbiah Sentap Records sudah boleh ditonton sejak 1 Januari lalu di platform digital termasuk saluran YouTube rasmi Tarbiah Sentap Official.

Lebih menarik, Dalil Cinta kini menduduki carta trending di YouTube dengan lebih 73,000 tontonan.

Sementara itu, video pendek PRESENT yang juga adaptasi daripada Dalil Cinta kini sedia ditonton di laman YouTube Tarbiah Sentap Official.

Angkat isu kesihatan mental | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo