Berita

‘Antara lagu paling susah dihasilkan’

'Antara lagu paling susah dihasilkan' 2

SINGLE baharu Haqiem Rusli berjudul Mimpi yang dilancarkan sejak sebulan lalu terus menjadi siulan peminat.

Lebih manis apabila video muzik lagu itu sudah mencecah lapan juta tontonan di saluran YouTube selain berada di kedudukan teratas beberapa platform penstriman muzik.

Lagu ciptaan Haqiem dan lirik bersama penerbit, Datuk A Aida itu dicipta khas untuk drama Bidadari Salju yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya tidak menjangkakan sambutan hebat ini untuk lagu Mimpi. Apatah lagi sebelumnya lagu ini sudah lama berada di aplikasi Joox, Spotify, RIM Chart dan YouTube. Semuanya mencatat nombor satu.

“Alhamdulillah, untuk tontonan video muzik pula sudah hampir lapan juta dalam masa sebulan. Bagi saya, ia sambutan yang luar biasa. Terima kasih kepada pendengar yang tidak putus memberikan sokongan pada setiap karya yang saya keluarkan,” katanya.

Melihat cabaran yang dilalui untuk menghasilkan single itu, Haqiem berkata, dia lega dan teruja apabila lagu itu mampu mencipta tuah buat dirinya.

“Single Mimpi ini mencabar keupayaan vokal saya. Ia antara lagu yang paling susah yang pernah dihasilkan. Karya ini memerlukan teknik pernafasan baik kerana ia mempunyai ‘low note’, ‘middle’, ‘vibrato’ dan ‘high note’. Jadi, ia tidak mudah untuk dipersembahkan secara langsung.

“Bagaimanapun, saya mengambil risiko dan seronok mencabar diri untuk tidak berada dalam zon selesa. Saya sudah cuba memberikan yang terbaik dengan menjaga pemakanan dan
bersenam bagi memantapkan suara,” katanya.

'Antara lagu paling susah dihasilkan' 3

Selain lagu Mimpi, Haqiem juga muncul dengan single Lara nyanyian secara trio bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

Mengulas mengenai kesihatan dirinya walaupun disahkan negatif Covid-19 baru-baru ini, Haqiem berkata, dia sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP).

“Saya sihat, cuma ada resdung. Keluarga juga sihat, bapa saya dalam keadaan yang baik.

“Kami sekeluarga memang mengamalkan SOP yang ketat untuk mengelak perkara tidak diingini,” katanya.

'Antara lagu paling susah dihasilkan' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo