Infotainment

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen
Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 1

Kini Trending

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen

Selalu kita dengar mengenai veteran ATM berpencen tapi korang pernah tak dengar mengenai veteran ATM tidak berpencen?

Veteran ATM tidak berpencen ni merupakan bekas anggota ATM yang tidak berkhidmat sepenuh masa atau telah menamatkan perkhidmatan lebih awal daripada satu tempoh yang sepatutnya. Mereka memilih atau terpaksa meninggalkan perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu selepas berkhidmat selama 12,15 atau 18 tahun.

Namun, jasa dan pengorbanan mereka masih lagi dikenang oleh pihak kerajaan. Atas dasar itu, terdapat beberapa inisiatif yang turut mengambil kira kepentingan veteran ATM tidak berpencen serta ahli keluarga mereka.

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 4

Veteran ATM berpencen dan Veteran ATM tidak berpencen turut terkesan apabila pandemik Covid-19 yang melanda. Rata-rata mereka terutamanya dari golongan B40 kebanyakanya kehilangan punca pendapatan akibat pandemik ini.

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 6

MINDEF mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Gerobok Rezeki dan juga MINDEF Prihatin yang mana dapat memanfaatkan 26,500 orang veteran. Program ini dilaksanakan di seluruh negara. Kaedah pemberian dan agihan bantuan yang pelbagai dilakukan bagi memastikan objektif program ini dapat dicapai dan bantuan tersebut dapat disampaikan kepada penerima yang layak.

Pada ketika ini, terdapat seramai 204,020 veteran ATM di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan, seramai 104,791 merupakan veteran ATM berpencen, manakala selebihnya seramai 73,863 merupakan veteran ATM tidak berpencen.

Selain daripada inisiatif diatas, pada 1 November yang lalu, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara one-off kepada satu juta pesara kerajaan.

Bantuan tersebut yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2022 turut akan diberikan kepada golongan veteran ATM termasuklah veteran ATM tidak berpencen.

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 8

Mungkin korang tak tahu sebelum ini tapi sebenarnya ada banyak bantuan yang diberikan untuk veteran ATM, balu serta anak tanggungan mereka. Antara bantuan-bantuan yang disediakan adalah seperti:

  • Skim Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Persekolahan/Kolej Vokasional Kebangsaan (KVK) kepada anak-anak veteran,
  • Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik kepada anak-anak veteran.
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Peralatan Pesakit
  • Bantuan Bencana Alam
  • Bantuan Pengurusan Jenazah

Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 10

Pendek kata, MINDEF akan sentiasa memantau secara dekat perihal kebajikan veteran ATM berpencen dan veteran ATM tidak berpencen ini. Semua veteran akan cuba untuk dibantu sedaya upaya terutamanya yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ini.

Bukan sahaja dalam konteks pembelaan semasa tetapi juga untuk masa depan dan hala tuju pembelaan veteran secara menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke lama web MINDEF di www.mod.gov.my


Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 12

The following two tabs change content below.

“Life is too short to spend it with people who annoyed you”
– Mr.Forman


Antara Usaha MINDEF Untuk Menjaga Kebajikan Veteran ATM Berpencen & Veteran ATM Tidak Berpencen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo