Infotainment

Antivaksin Ini Dakwa Khairulaming Dibayar RM20,000 Untuk Promosikan Vaksin COVID-19

Antivaksin Ini Dakwa Khairulaming Dibayar RM20,000 Untuk Promosikan Vaksin COVID-19 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Walaupun sibuk dengan perniagaan Sambal Nyet yang laris terjual di Shopee, personaliti media sosial, Khairulaming nampaknya tidak pernah melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang influencer untuk mempromosikan galakan suntikan vaksin COVID-19 kepada para pengikutnya di laman media sosial.

Namun begitu, niat baik Khairulaming tersebut telah disalah anggap oleh salah seorang yang antivaksin. Individu terbabit yang dirahsiakan identitinya itu telah menuduh Khairulaming ‘dibayar’ sebanyak RM20,000 untuk mempromosikan vaksin di laman media sosialnya.

Paling mengecewakan apabila individu tersebut turut mendakwa suntikan vaksin tidak mampu mengawal dan menghentikan wabak pandemik ketika ini dan menjelaskan bahawa virus COVID-19 ini merupakan satu virus yang sengaja dicipta.

Berdasarkan satu ciapan di Twitter, Khairulaming telah berkongsi tangkapan skrin mengenai perbualan antara beliau dengan individu berkenaan di ruang perbualan direct message di Instagram.

“Vaksin tak dapat hentikan pandemik ini pun bro, ini adalah virus yang dicipta.

“Banyak kali promote bro? Dah terima payment RM20,000 ke? Saja tanya,” tulis individu berkenaan yang membalas Insta Story Khairulaming.

Lantaran itu, mesej tersebut dibalas Khairulaming dan mengatakan bahawa beliau tidak menerima satu sen pun bayaran untuk mempromosikan suntikan vaksin virus ini.

“Saya ikhlas buat semua ini untuk mendidik orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin di luar sana.

“Negara dah tenat, jadi cukup-cukup lah sebarkan benda mengarut yang tak berasaskan ilmu ini. Kesian dengan orang ramai yang kehilangan mak ayah disebabkan pandemik ini,” balas Khairulaming.

Ciapan tersebut mulai tular dan rata-rata netizen turut berkongsi kisah mereka apabila berdepan dengan kenalan rapat yang antivaksin.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang membidas dakwaan antivaksin berkenaan yang menuduh Khairulaming dibayar RM20,000 untuk mempromosikan vaksin.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan percaya dengan dakwaan atau kenyataan palsu seperti yang dihebahkan oleh golongan antivaksin kerana golongan inilah merupakan salah satu punca kes COVID-19 di negara kita semakin meningkat.

Malaysia antara 19 negara yang berpotensi ‘hancur’ akibat COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Disahkan Berisiko Tinggi, Pengarah Hospital Maklum Tiada Isu ‘Potong Barisan’ Buat Eina Azman

Kelompok Gelandangan Terima Vaksin, Cetus Persoalan Sebahagian Netizen

 

 



Antivaksin Ini Dakwa Khairulaming Dibayar RM20,000 Untuk Promosikan Vaksin COVID-19 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo