Artikel Terkini

Apa Kelebihan & Kekurangan Permukaan Quartz Stone Yang Menjadi Kegilaan Ramai Untuk Kemasan Dapur Mereka

Apa Kelebihan & Kekurangan Permukaan Quartz Stone Yang Menjadi Kegilaan Ramai Untuk Kemasan Dapur Mereka
Apa Kelebihan & Kekurangan Permukaan Quartz Stone Yang Menjadi Kegilaan Ramai Untuk Kemasan Dapur Mereka 1

Masa kini terlalu banyak kemasan untuk permukaan kabinet dapur. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun boleh tahan mahal juga kadang-kadang bajet nak buat kabinet dapur selalu lari bila masuk rumah. Siapa pernah alami masalah maca ni boleh share dengan Min pengalaman anda memilih kemasan dapur anda.

Hari ini IMPIANA nak bawa anda pelajari tentang kelebihan dan kekurangan kemasan Quartz Stone ini.

Quartz Stone adalah produk batu yang mengandungi 95% Quartz dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan terikat dengan resin.

KELEBIHAN QUARTZ STONE

Quartz mempunyai ketebalan 15-18mm serta terdapat dalam pelbagai warna dan corak yang menarik. Quartz juga nampak mewah dan memberikan tuan rumah perasaan batu semula jadi. Penampilan Quartz yang cukup kontemporari menjadikannya pilihan reka bentuk dapur moden.

1.      Mudah untuk dijaga

2.      Boleh custom made dalam pelbagai saiz

3.      Senang dibersihkan

4.      Quartz stone juga boleh digunakan dibahagian dinding dapur sebagai ‘back splash’

5.      Tidak mudah retak atau pecah

KEBURUKAN QUARTZ STONE

Tuan rumah perlu berhati-hati ketika meletakkan periuk dan kuali yang sangat panas terus di atas table top. Ini boleh meninggalkan kesan di atas permukaan table top. Sebagai langkah berjaga-jaga, periuk atau kuali yang panas hendaklah dilapik jika hendak letak diatas pemukaan Quartz Stone.

Antara kelemahan lain:

1. Mahal

2. Tidak mempunyai rupa semula jadi seperti batu

3. Quartz tidak mampu tahan suhu yang terlalu tinggi

4. Quartz Stone mempunyai rongga halus yang boleh menyerap air dan kotoran dalam jangka masa yang lama.

5. Mudah berubah warna, terutamanya jika pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari

Jadi bolehlah buat perbandingan dan ikut kemampuan serta keperluan dapur kita, kemasan mana yang bersesuaian dengan konsep dan juga poket pemilik. ‘Tepuk dada tanya poket’.

Kredit : JYH MING

Apa Kelebihan & Kekurangan Permukaan Quartz Stone Yang Menjadi Kegilaan Ramai Untuk Kemasan Dapur Mereka 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo