Artikel Terkini

Apa Punca! Dah Pasang ‘Cooker Hood’ Tapi Bila Masak Masih Bau

Apa Punca! Dah Pasang ‘Cooker Hood’ Tapi Bila Masak Masih Bau
Apa Punca! Dah Pasang 'Cooker Hood' Tapi Bila Masak Masih Bau 1

Dapur cantik dan lengkap tapi bila nak masak jadi takut sebab nanti satu rumah akan bau masakan yang di masak. Apa punca yang membuatkan dapur yang serba lengakap itu masih mempunyai masalah yang teruk macam ni. Jangan bagi alasan rumah berkonsep terbuka atau tiada ruang dapur basah hanya ada dapur kering sahaja di dalam rumah.

Sebenarnya terdapat masalah yang anda mungkin tidak perasan dan tidak tahu. Jika anda membina dapur yang baik pastinya sistem pengudaraan yang betul akan di ambil berat dalam menyiapkan ruang dapur yang baik. Begitu juga dengan pemasangan cooker hood yang betul perlu memastikan haba, wap serta bau masakan dapat disedut dengan sempurna.

Bila kita pasang cooker hood terlalu tinggi, ini akan menyebabkan kuasa sedutan cooker hood tidak berfungsi dengan baik. Bila pasang terlalu rendah pula akan mengganggu kita semasa memasak. Apa ketinggian yang betul sebenarnya?

Jom kita belajar ketinggian yang sesuai untuk cooker hood. Pemasangan cooker hood memerlukan kemahiran dan pengalaman. Kalau tak masalah seperti dalam gambar diatas akan terjadi.

Macam dalam gambar diatas ketinggian cooker hood terlalu tinggi (1000mm). Oleh itu, asap tidak dapat disedut dengan baik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah pakai cooker hood. Betul tak?

Oleh itu, ketinggian cooker hood perlu diubah kepada ketinggian yang lebih praktikal. Jarak antara hob dengan hood perlu diubah iaitu dari 650mm ke 750mm.

Apabila ketinggian cooker hood diubah, host yang perlu digunakan akan menjadi lebih panjang. Dalam keadaan ini, terdapat banyak lencongan yang perlu dibuat (Seperti yang dibulatkan dalam gambar)

Anda perlu ingat, lencongan yang terlalu banyak akan menyebabkan sedutan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jika semasa pemasangan kabinet dapur ada masalah dari segi ukuran, tuan rumah terpaksa menanggung rugi dengan membayar kos mencabut dan juga kos memasang semula cooker hood tersebut.

Carilah kontraktor yang bertanggugjawab dan berpengalaman supaya masalah seperti diatas tidak terjadi.

Kredit Gambar: JYH MING

Apa Punca! Dah Pasang 'Cooker Hood' Tapi Bila Masak Masih Bau 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo