Infotainment

Apple Akan Memberikan Kemaskini Untuk Membenarkan Skrin iPhone 13 Ditukar Tanpa Menyahaktifkan Face ID

Apple Akan Memberikan Kemaskini Untuk Membenarkan Skrin iPhone 13 Ditukar Tanpa Menyahaktifkan Face ID
Apple Akan Memberikan Kemaskini Untuk Membenarkan Skrin iPhone 13 Ditukar Tanpa Menyahaktifkan Face ID 1

Minggu lalu iFixit mendapati sekiranya skrin siri iPhone 13 ditukar tanpa pemasangan cip baharu, sistem Face ID peranti akan dinyahaktifkan. Ini dilihat sebagai satu lagi cara Apple untuk memaksa pemilik iPhone mendapatkan alat gantian skrin terus daripada mereka atau pusat gantian rasmi.

Ini menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dan perniagaan yang menawarkan gantian pihak ketiga. Pengguna marah kerana kos yang lebih mahal dan perniagaan pula melihat ini satu lagi cara Apple untuk menyukarkan proses yang selama ini mudah kerana hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apple Akan Memberikan Kemaskini Untuk Membenarkan Skrin iPhone 13 Ditukar Tanpa Menyahaktifkan Face ID
Cip skrin – iFixit

Apple mengeluarkan kenyataan rasmi kepada The Verge bahawa mereka akan memberikan kemas kini kepada peranti yang akan membenarkan skrin digantikan pada iPhone 13 tanpa modul cip dipindahkan. Bilakah kemas kini akan diberikan tidak pula dinyatakan.

Modul cip pada kabel sambungan skrin ke papan induk iPhone 13 memerlukan alat khas serta kemahiran melakukan pateri mikro. Pada pusat gantian rasmi Apple, alat khas akan diberikan untuk proses ini tetapi ia tidak diberikan kepada pusat gantian pihak ketiga. Di Amerika Syarikat gerakan Right To Repair semakin mendapat sokongan dengan senat ingin memastikan semua pengeluar memudahkan pengguna membaiki peranti milik mereka dan tidak memaksa mereka menggunakan saluran rasmi sahaja.

Apple Akan Memberikan Kemaskini Untuk Membenarkan Skrin iPhone 13 Ditukar Tanpa Menyahaktifkan Face ID 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo