Infotainment

AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Arwah Anak

AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Arwah Anak 1

AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Arwah Anak 2

Didakwa tamakkan harta Allahyarham anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya yang meninggal dunia dalam insiden tertembak pada tahun lalu, pelakon dan pelawak AR Badul akui terkilan dan kecil hati dengan menantunya, Nour Shafinar Harun.

Mempersoalkan mengapa dia tidak mendapat pencen Allahyarham, Badul berkata dia tidak pernah sama sekali terfikir atau pun berniat untuk mengejar harta anaknya kerana dia juga sedar anaknya tidak mempunyai banyak harta.

BACA: AR Badul Kecewa Hak Dinafikan, Tak Dapat Harta Peninggalan Arwah Anak

“Saya hanya inginkan penjelasan kenapa tak dapat pencen Allharyaham. Apakah bapa seperti saya yang tidak menjaga anaknya tidak layak dapat? Itu saja yang saya nak tahu pada awalnya.

“Tak sangka pula sampai melarat macam ini hingga balu arwah mendakwa saya tamakkan harta. Saya tak pernah tanya pun apa-apa berkaitan jumlah pampasan yang diterima, saya hanya nak tahu penjelasan mengenai pencen itu,” katanya.

Menurut Badul, sejak anaknya meninggal dunia dia tidak pernah bertanyakan mengenai hal wang atau apa saja pampasan kepada menantunya itu kerana mereka tidak lagi pernah berjumpa dan berbincang.

“Ketika saya batalkan niat untuk buat inkues terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kematian anak saya, memang tak pernah tanya pun soal duit atau harta.

“Kalau betullah saya ini tamak duit atau harta arwah, sudah tentu saya bertanya kepada pihak ATM sejak awal lagi berapa jumlah pampasan yang bakal saya peroleh selepas batalkan inkues itu. Demi Allah, saya tak pernah tanya pun mengenainya.

“Saya seikhlas hati batalkan niat berkaitan inkues itu apabila mendapat jaminan daripada ATM bahawa nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain, 10, Remy Iskandar, 9, termasuk Izzul Zakly akan terjaga dengan baik dan terus terbela hingga mereka dewasa,” katanya.

Dalam pada itu, Badul menafikan dakwaan dilemparkan oleh seorang netizen mendakwa dia sudah pun mendapat wang faraid sebanyak RM5,500 untuknya. Tegasnya, dia tidak pernah dapat apa-apa wang berkaitan arwah anaknya.

“Saya tak ada dapat apa-apa pun duit sampai sekarang. Malah, apa yang saya nak tahu sangat sebenarnya mengenai pencen itu. Kalau tak layak, apa penjelasannya. Saya tegaskan lagi, bukan nak rebut atau tamakkan harta.

“Sejak isu ini timbul, macam-macam orang kecam saya kerana mereka tak tahu cerita dan boleh tulis apa saja serta cakap ikut suka di media sosial. Biarkanlah, kerana cakap memang sedap sebab tak kena pada diri sendiri,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 37, yang meninggal dunia dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September tahun lalu.



AR Badul Kecewa Dengan Menantu, Dituduh Tamak Harta Arwah Anak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo