Infotainment

Arab Saudi Larang Dakwah Islam Tanpa Izin

Arab Saudi Larang Dakwah Islam Tanpa Izin
Arab Saudi Larang Dakwah Islam Tanpa Izin 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Menteri Hal Ehwal Islam, Rayuan dan Bimbingan; Syeikh Abdullatif Al Sheikh telah mengeluarkan beberapa peraturan baharu yang antaranya merangkumi larangan menjalankan kegiatan dakwah Islam tanpa mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan, lapor Gulf News. Arab Saudi turut memerintah kesemua masjid untuk memeriksa perpustakaan awam dan membuang buku-buku yang mengandungi fahaman ekstremis dan kepartian.

Ini adalah antara lima pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Islam di sana dan difahamkan mana-mana individu yang melanggar arahan ini boleh didakwa. Al Sheikh juga telah mengarahkan cawangan kementerian untuk menjalankan pelaksanaan ini dan menyerahkan laporan berkala kepada pihak kementerian. Peraturan ini ditujukan kepada pegawai masjid, termasuk imam, pendakwah, muezzin, pendakwah rasmi, dan pendakwah sambilan di berbagai wilayah Kerajaan Arab Saudi.

Pekeliling kedua pula membincangkan cara untuk memerangi fahaman ekstremis dan kepartian. Menteri Al Sheikh menekankan pentingnya perpustakaan masjid menjadi pusat yang mengumpulkan kumpulan intelektual bagi mereka yang mahu menuntut ilmu, seperti penyelidik dan pelajar. Al Sheikh mengarahkan agar pihak jabatan untuk meninjau perpustakaan terbabit dan menyediakan segala keperluan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Manakala mereka juga diarahkan untuk membuang mana-mana buku yang dianggap bersifat ekstremis dan kepartian.

Setiap cabang kementerian telah ditugaskan untuk menyiapkan senarai buku yang disimpan di perpustakaan ini dan memastikan bahawa tidak ada buku yang disimpan di perpustakaan tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari pihak kementerian.

Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Islam juga telah mengarahkan pegawai masjid untuk mengikuti kursus keselamatan intelektual yang diadakan oleh pihak kementerian atau agensi luar negara bagi menajamkan peranan mereka dalam bidang tersebut. Mereka juga nanti akan diminta untuk menyampaikan penyelidikan dan karya ilmiah dalam seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan agensi luar.

Tambahnya lagi, pihak kementerian turut meminta para pendakwah untuk menyampaikan kepada orang ramai tentang kebenaran hukum syariah, perlunya menjadi rakyat yang bermoral dan baik, sentiasa menitikkan sopan santun dan taat setia kepada pihak berwajib dan menjauhkan diri daripada perbincangan hal-hal fekah di mana terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.

Selanjutnya, Al Sheikh mengeluarkan keputusan untuk melantik dua imam tambahan di Masjid Quba di Madinah.

Mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan pelbagai hukuman termasuk penjara selama 22 tahun ke atas warganegara Palestin dan Jordan yang tinggal di negara tersebut. Mereka didakwa atas tuduhan menyokong Hamas dan kumpulan penentang Palestin yang lain. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah untuk membaca.

Puluhan Warga Palestin Dihukum Kerajaan Arab Saudi Kerana Sokong Hamas

Arab Saudi Tangkap Seorang Ustazah Kerana Berdakwah Dan Mengajar Al-Quran Di Rumah

Bagaimana Jururawat Ini Memohon Kerja Di Riyadh, Arab Saudi Dan Kisah Di Sebaliknya


Arab Saudi Larang Dakwah Islam Tanpa Izin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo