Berita

Arsenal juara ofsaid musim ini

Arsenal juara ofsaid musim ini 2

London: Arsenal mencipta rekod yang tidak diingini apabila sepuluh kali melakukan kesalahan ofsaid ketika seri menentang Benfica dalam saingan Liga Europa.

Gunners bangkit mengikat perlawanan dengan gol penting di tempat lawan dalam aksi peringkat pertama 32 terakhir di Rome.

Pizzi meledak penalti pada minit ke-55 sebelum Bukayo Saka menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Tetapi, jika tidak kerana ketumpulan jentera serangan, Arsenal sepatutnya boleh pulang dengan kemenangan tetapi lebih menakjubkan, skuad Mikel Arteta melakukan sehingga 10 kesalahan ofsaid.

Jumlah itu lebih banyak daripada mana-mana kelab Liga Perdana dalam semua kejohanan musim ini dengan Pierre-Emerick Aubameyang bertanggungjawab empat daripadanya.

Rekod sebelum ini dicatat Manchester United yang lapan kali ofsaid ketika seri tanpa jaringan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana bulan lalu.

Crystal Palace pula dengan tujuh ofsaid ketika tewas 0-7 kepada Liverpool pada Disember lalu.

Daripada sebelas pasukan paling banyak melakukan kesalahan ofsaid dalam satu perlawanan, empat daripadanya ketika menentang Liverpool.

Tetapi Arsenal muncul pemenang kesalahan ofsaid terbanyak dalam satu perlawanan musim ini sehingga mengecewakan pengendali mereka, Arteta yang menyaksikan ketumpulan penyudah pasukannya ketika menentang Benfica.

Arsenal juara ofsaid musim ini 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo